Salam,
Jumaat lepas aku de bagi tau korang apa projek aku hujung minggu semalam kan...berjaya ke tak...Jawapannya tak berjaya.Sedikit menghampakan.
Sebenarnya projek aku tu ialah projek buka stall masa perlawanan Final Kelantan lwn ATM kat Stadium Shah Alam.Kenapa projek ini tak berjaya??nanti akan ku ceritakan satu persatu...#pheeewww.....fitammacamterrersangatberniaga....kahkahkah...
Saje la kan....tips ni aku kutip masa buat kat ekspo-2 lepas.Bukan nak riak tapi ni pengalaman aku sendiri.Ye la...kita modal pusing bukan ribu riban.Kalau masuk ekspo gadang-2 ni aku fobia sikit.Takut barang tak habis kerana kalau ekspo besar ni sure la stall banyak gilss...so, kalau dah stall pun macam cendawan tumbuh....tak mustahil kita jual barang yang sama orang jual.Betul tak?Lepas tu sewa tapak pun mahal gilss....ehhh ko ni...berapa banyak gilss la khenn....fffttttt....
Ok, berbalik cerita asal tadi...kat sini aku huraikan ngapa aku kata projek aku kali ni GAGAL???
1. Perancangan last minit.
Hari Jumaat tu jugak aku dapat call dari abi...dia kata projek esok on, then sewa tapak dah settle.
Aku : OMG... ngape bayar sewa dulu??barang cam ner?bila nak carik?OMG lapanplohlapankali
Abi : Abi tak tau...tau-2 bos bayar dulu.Barang nanti abi & bos carik, jangan risau.Ummi prepare
perkakas,prepare barang anak.esok hantar anak kat rumah pengasuh.
Aku : Perkakas sentiasa on je.senang dah memang letak satu tempat, but anak tu nak ke pengasuh
jaga?i don't think so b....
Abi : Kalau pengasuh tak mo jaga, hantar kat mak
Aku : Mak dah tak larat nak jaga, lagi pun ayah tak berapa sihat tu.
Abi : Ok, ummi call pengasuh dulu, tanya & minta tolong dia.Ini big projek k.Bye
Aku : Hopefully.
Bila buat perancangan last minit, biasanya akan GAGAL.Aku bukan mendoakan bisnes ini gagal, tapi bila last minit, makanya tiada paper work rite?maka ini lah jadinya.
2. Stok terlampau banyak
Bila tiada meeting, tiada perancangan.Lalu terjadilah lebihan/kurang stok.Lagi satu bos abi ni tiada pengalaman dalam ekspo.Punyalah banyak ambil stok daging burger sampai 6 katon, roti dan nugget pun ambil 6 katon.OMG...aku mau fitam dikala lihat abi bawa balik banyak stok malam tu.Gilss lah.
Aku : Gilss lah...Buleh habis ke ni???
Abi : Boleehhhh...pengunjung 20ribu takkan tak boleh habis...
Aku : eerrmmm...harap-2 la k....kita tak pernah masuk event beso neh...
3. Sewa tapak MAHAL
Aku bila abi bagitau sewa tapak tu 2K aku dah terkezut dah.OMG mahal sangat tu.Terus je aku cakap tak yah la join event ni sebab sewa tapak kemain demand.Rabak ko nak cover balik sewa tapak.Tapi tetaappppp jugak nak join.Buleh untung katanya.
4. Banyak stall haram
Tu biasa lah.Stall haram bagai cendawan tumbuh selepas hujan bila ada event beso neh.Memang salah tapi mereka bijak merebut peluang.Tak boleh la nak salahkan mereka kerana mereka juga mencari rezeki halal.
5. Jenis makanan yang 80% sama
Ni la paling aku takut.Majoriti peniaga menjual barang or makanan yang lebih kurang atau sama je.Burger,air,nugget,fish ball,buah,air kotak, air tin, kacang.Lagi pun stall kami tak de menu yang power.Maksud aku tu stall kami tak jual makanan yang orang lain tak jual.Burger,air, nugget tu orang biasa jual.Macam mee kari ke, laksa ke, roti bom ke, jarang ada saingan.
6. Hujan
Faktor hujan tu tak dapat nak ngelak la kan.Bayangkan musin tengkujuh lepas jatuh pada bulan Ramadhan.Maka sila la kesian pada peniaga PARAM kerana sales yang meredum dan pulang dengan barang mentah yang masih banyak.Pas tu basah kuyup dek kerana tempias hujan.
7. Ambil staff ramai
Dah la sewa 2K, modal pusing beli barang mentah, 1,500K, peralatan RM500.Ambil pekerja sampai 8 orang.Kalau sorang RM60 x 8 = RM480..Makanya hasil jualan perlu lebih RM5K.ai is fening u know...tpi xpe lah...barang dah ada, untung rugi kira kemudian sambil berdoa la hasil jualan akan meningkat lebih 5K.Tapi...Mampukahhhh?
******************************************
Sekali lepas tutup jualan..kira punya kira hasil kutipan tak sampai RM2K pun.OMG...Letihnya seharian berjualan, untung tak der.Aku tak pernah bawa balik barang mentah lepas jualan...ini semua disebabkan tiada perancangan rapi.Kalau aku yang beli stok bahan mentah, aku sure la la sold out sebab aku dh biasa baget kan.Tapi kali ni bukan bajet aku...mau fitam bos hubby aku...muahahahaha...
Dia ok jer...1st pengalaman katanya.Dia tak tau aku dah semput masa memula tengok stok yang dia beli.Kita meniaga ni bukan jam-jam tu gak nak kaya kan.Niaga ni kena strategi, jangan tamak haloba...kahkahkah...kalau tamak haloba ni la jadinya,Dia ingat boleh sold out...memanglah pengunjung tu sekitar 20ribu orang..dia tak tau berapa ramai yang peniaga halal + peniaga haram lagi.So, ini satu pengajaran buat dia or pada siapa-siapa je yang nak mulakan 1st step untuk berniaga.Jangan tamak, buat kewl2 jekk..ok?
Kita yang baru-baru berjinak niaga ni satu je la....perlu keluarkan modal sikit untuk peralatan, tapi bila dah 5 ke 6 kali berniaga tu dah ok la sikit kerana kebanyakan barang kita dah ada, so gunakan je apa yang ada.nak topap barang pun dah tak banyak.
So, sesiapa yang berminat nak mulakan perniagaan kecil2lan...sila ikut step aku.Yang penting ikut bajet korang.Kalau untung, alhamdulillah....tpi kalau rugi sila jangan patah semangat.Berniaga ni ada untung dan rugi dan Allah pun dah cakap perniagaan adalah satu pekerjaan mulia.so, jangan la malu2 untuk mulakan langkan anda.
No comments:
Post a Comment