Friday, 2 November 2012

ORIGINAL Perfume for SALES...Grab it NOW!!

Salam oolllssss.....

Now aku buka SALES untuk ORIGINAL PERFUME. Kepada sesiapa yang berminat boleh e-mail aku ie_zaza@yahoo.com or CALL/SMS . Semuanya Free delivery tapi kepada yang nak COD boleh jumpa saya sekitar Purtajaya,Cheras,Ampang & PJ. 
DKNY Be Delicious EDP
RM200 (Free Delivery)
Dior Miss Dior Cherie
RM200 (Free Delivery)
Gucci Envy Me
100ml
RM200 (Free Delivery)
Vercace Bright Crystal
90ml
RM200 (Free Delivery)
Paco Rabane Lady Million
RM200 (Free Delivery)
Dolce & Gabbana Light Blue for Women
100ml
RM200 (Free Delivery)
Chanel Coco Mademoiselle
RM200
RM200 (Free Delivery)
Chanel Blue de Chanel
100ml
RM200 (Free Delivery)
Chanel Chan by Chanel
RM200 (Free Delivery)
Bvlgari Omnia Amethyste
RM200 (Free Delivery)
Carolina Herrera 212 for Men
RM200 (Free Delivery)
Chanel Chan Eau Tendre
RM200 (Free Delivery)
Carolina Herrera 212 Sexy Men
RM200 (Free Delivery)
Chanel Coco Noir
RM200 (Free Delivery)
CK Euphoria for Women
RM200 (Free Delivery)
Dior J'adore Gold Supreme
RM200 (Free Delivery)
Dior Miss Dior Charie L'eau
RM200 (Free Delivery)
Giorgio Armani Acqua Di Gio
RM200 (Free Delivery)
Lancome Miracle So Magic
50ml
RM200 (Free Delivery)
Nina Rinci Ricci
80ml
RM200 (Free Delivery)
Paco Rabanne 1 Million
RM200 (Free Delivery)

Happy shopping ye.....^_____^

Faizah Abd Rahman
114280378930 (Maybank)
14420068044527 (CIMB)
No. H/P : 014-2357146
E-mail : ie_zaza@yahoo.com

Notakaki : Sila sms iezza untuk memaklumkan transaksi,masa & tarikh.
TQVM... 




















Thursday, 1 November 2012

Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Hemodialisis memerlukan anda untuk mengikuti jadual rawatan yang ketat, mengambil ubat-ubatan secara berkala dan perlu sentiasa membuat perubahan dalam diet anda.
Di dalam menjalani rawatan hemodialisis, ada beberapa risiko yang kemungkinan anda akan hadapi. Komplikasi tersebut boleh berpunca dari rawatan hemodialisis itu sendiri atau disebabkan oleh penyakit buah pinggang yang mendasarinya. Antara komplikasinya ialah:
Tekanan darah rendah (hypotension). Satu penurunan dalam tekanan darah adalah kesan sampingan yang paling biasa dalam rawatan hemodialisis, terutamanya jika anda mempunyai diabetes. Tekanan darah rendah boleh diiringi oleh sesak nafas, kejang perut, kekejangan otot, loya atau muntah-muntah.
Kekejangan otot.Walaupun doktor tidak pasti apa yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot semasa hemodialisis, ianya adalah biasa. Kadang-kadang masalah kekejangan otot boleh berkurangan dengan menukar kekerapan dan intensiti hemodialisis.
Gatal-gatal. Ramai dari mereka yang menjalani hemodialisis akan menghadapi masalah kulit gatalyang selalunya lebih teruk semasa atau selepas prosedur.
Masalah tidur. Pesakit hemodialisis sering mempunyai masalah untuk tidur, kadang-kadang kerana berhenti bernafas semasa tidur (gejala sleep apnea) atau kerana kaki sakit, tidak selesa atau gelisah.
Anemia. Anemia ialah keadaan di mana pesakit tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup. Ia adalah satu komplikasi biasa dalam masalah kegagalan buah pinggang dan rawatan hemodialisis. Kegagalan buah pinggang mengurangkan pengeluaran hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah.
Sekatan ke atas diet, penyerapan zat besi yang kurang, atau penyingkiran zat besi dan vitamin dalam rawatan hemodialisis juga boleh menyumbang kepada anemia. Kehilangan darah dari rawatan hemodialisis atau aktiviti rutin pensampelan darah boleh memberikan kesan yang sama.
Penyakit tulang. Jika buah pinggang anda telah rosak, biasanya ia tidak lagi dapat menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium, di mana akan menjadikan tulang anda lemah. Di samping itu, kelebihan hormon paratiroid, satu komplikasi biasa akibat dari kegagalan buah pinggang boleh menghakis kalsium daripada tulang anda.
Tekanan darah tinggi (hipertensi). Tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang. Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dirawat untuk masalah kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Beban bendalir berlebihan. Jika anda minum lebih banyak cecair daripada yang disyorkan, anda akan menjadikan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa, seperti kegagalan jantung atau pengumpulan cecair dan bengkak dalam paru-paru anda (edema pulmonari).
Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis). Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.
Tahap potassium tinggi (hyperkalemia). Buah pinggang biasanya membuang potassium berlebihan dari badan. Jika buah pinggang anda gagal dan anda makan lebih potassium daripada yang disyorkan, tahap potassium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.
Jangkitan. Jangkitan berbahaya boleh berlaku pada tapak di mana darah keluar dari badan anda akan ditapis dan kemudian dimasukkan semula.
Kemurungan. Ramai dikalangan mereka yang menjalani hemodialisis akan mengalami kemurungan dan kebimbangan.
Amyloidosis. Dialisis berkaitan amyloidosis (DRA) terjadi apabila protein dalam darah yang disimpan pada sendi dan tendon, menyebabkan kesakitan, kekakuan dan bendalir dalam sendi. Keadaan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang telah menerima rawatan hemodialisis selama lebih daripada lima tahun.

sumber artikel : http://mayocl.in/PgHkpJ

Notakaki : aktikel ini saya copypaste hanya untuk panduan saya sahaja...dan ini hanya panduan umum bukan nasihat profesional.Saya sekadar ingin memahami keadaan pesakit buah pinggang kerana mungkin dapat membantu meringankan penderitaan ayah saya.TQ

Nasi Lemak Corner

Salam,

Syukur alhamdulillah....kita dah masuk bulan November, bulan baru moga dimurahkan rezeki kita dengan jalan yang halal dan diredhai.Ni aku nak cerita la...semangat bukan main.kahkahkah...

Macam ni ceritanya....aku dah 2 hari hantar nasi lemak kat kedai adik aku si Fizi tu.Plan nak buat 1hb November ni...tapi disebabkan tengah bersemangat + barang pun memang dah ada...30hb Oktober tu aku dah start hantar nasi lemak kat kedai dia.Lagi pulak 30hb Oktober tu birthday ayah aku...

" Happy Birthday Ayah....Ayong doakan smoga ayah cepat sembuh...panjang umo dan gembira selalu bersama kami yang masih memerlukan ayah disisi."

Bila cerita pasal ayah...hati aku sayu...ayah sakit, buah pinggang dua-dua dah rosak, now bergantung ubat & akan buat dialisis 3x seminggu.Ya Allah....kau ringankanlah bebanan ayah....sembuhkan lah penyakit ayahku...aku dan keluarga masih ingin ayah bersama kami....masih inginkan kasih sayang dari ayah...

Now dh start sedih2 bila cerita pasal ayah...sobbb...sob...ok2...xmo la sedih2...berbalik cerita tadi, hari pertama sangatla bughuk rupe bungkusan nasi lemak aku tu...kahkahkah...(jangan nak gelak sangat hokeyy...ai kan bukan ada pengalaman jual nasi lemak, so mahapkan je la ye..)

Hari pertama tu aku buat 13 bungkus je...Aku buat telur goreng mata dan kerang je pun.laku 12 bungkus....Alhamdulillah....untuk hari pertama aku sangatlah nerves sebab takut tak laku.Tapi walau macammana pun aku kena try juga demi mengubah masa depan kenalah kuat berusahakan....

Adat niaga ni ada untung ruginya...lagi satu jangan cepat putus asa.Setahun dua ko meniaga ni memang sakit sikit la, tapi bila orang dah tau..masa tu lah rezeki ko datang mencurah.Ewaaahhhh...cakap macam ko dah pandai berniaga je khannn....padahalll!! #matakeatas....
 
Hari kedua semalam aku up sikit buat 17 bungkus...menu tukar sikit.Aku jual sambal kerang,sambal sotong & ayam goreng.telur goreng mata aku tak buat sebab dah banyak menu.Tengok skill bungkus pun macam dah pro...walaweeeiiihhh...korang xtau...pagi tu aku siap beli nasi lemak yang sebungkus singgit tu semata-mata nak tengok cammana rupanya orang bungkus nasi lemak...wakakakaka....bile aku cerita kat kawan opismate aku (Wanie) dia gelak kaw-kaw....haha....ko gelak la lelebih....terberanak gue tak tau...ngeee ~ T______T
 
Hari kedua hanya terjual 7 bungkus je, maybe hujan kan...bila hujan orang malas nak keluar..(saje nak sedapkan hati sendiri)..tapi tak pe lah...adat berniaga ko mesti tau ada masa untung...ada masa rugi.Yang penting aku tak cepat patah semangat...Bak kata pepatah masa aku sekolah dulu..."nak senang bukan senang, nak susah bukan susah" eh ye ke?haaaye lah tu kan...:P
 
 
Salam...Bye2...



Tuesday, 30 October 2012

Happy Birthday Noah....

Hari Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak...oppsssss....mak budak pun excited ye sebab nak pergi Ikea & sambut birthday Noah yang comel iteww...
 
Sampai sana dh lewat sebab en.suami sesat jalan 2 kali....ai is tension u know...tapi muka tu buat-buat manis sebab kalau buat tarik muka...nanti dia patah balik rumah....kahkahkah......so kita kena la maniskan muka ye...lagi pun kami jarang kesana.Sesat tu biasa lah...bab carik parkir pun sama...susah kemain tapi akhirnya rezeki kami dapat juga la parkir kat entrance.Sampai sana pun dah pukul 4.45 ptg.Party start pukul 4 petang.sabooooo je lah ye..T_______T
Birthday Noah Rifqi ye ke 1 thn


Sambut kat Kid's World Ikea tkt 2
Bat Man yoooo....


playground utk bby



My kazen Intan with Ucu

My boy sudah jadi Ben 10..

Ini budak yg xmo balik....muahahahaaaa....

Adik baby jadi batman jugak...tpi comot je pipi dia

Budak ni dh lasak tpi dia tak menangis...syg adik bby sangat2

Ummi with birthday boy

Ummi with adik baby...kahkahkah...gigi kuning xbley blah....

Gambar dh bersepah...aku ni kan malassss nak susun bagai....ni ada 3 keping lagi guna kamera polaroid.


 
Seronok gilss anak-anak main kat sana.enjoy tapi tu lah...time nak balik adalah sangat seksa hokey.Dah jadi satu hal anak tak mo balik.kahkahkah...saboooo je lah...
 
Abang amin siap main game yang masuk token habis ummi ko punya duit...ni abi dia la yang tolong teman kan.kalau dengan aku konfirm tak layan.  #makyangkejammmm....
 
Actualy aku tak tengok sangat harganya.Tak sempat nak berlama-lama kat kaunter sebab ai is sebok melayan kerenan anak-anak kecil saya.
 
Kalau tak silapnya, menu ada macam-macam.My kazen (Syasya) ambil ni pakej untuk 20 orang kanak-kanak (minimum 20 org) 40 dewasa.Untuk dewasa RM30 satu kepala, anak-anak RM26 satu kepala.So RM30 + RM26 = RM56 x 20 (kanak-kanak) = RM1,120.00 Ni tak termasuk add on ye...ada macam-macam add on.Tapi kazen aku ambil face painting tu je dah RM350 (unlimited).Coklat fountain tu dia bawa sendiri & kalau korang tak der boleh sewa kat sana dengan kos RM400 satu set.  Sebab tu jemputan adalah sangat terhad.RM1,120 ni termasuk makanan,minumam & playground (2jam setengah).Bagi yang ada duit lebih adalah lebih fun buat disini....tapi kalau duit cukup-cukup buat kat rumah adalah save budget.hehehhhhh....
 
Kalau aku nak sambut birthday anak...kalau dapat duhet sedepuk boley la sambut disini....mehehehehehe....

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha uolllsssssss......

Semua dah bercuti agaknya...aku je la masih kat opis...issskk bos ni bukan nak bagi half day...seday betol ai tauuuu...Nasib la raya ni tak balik kampung, kalau tau harus la aku chaw awal...

Boring la, time cuti raya haji ni panjang tapi hubby aku kena lak duty hari sabtu...acaner nak balik neh?Tak kan nak balik hari...aduuiii...malas lah.Dah la lama tak balik kampung kheennn....kalau tak silap balik masa raya Aldilfitri hari tu je lah...pas tu mana ada balik kampung lagi.

Apa nak buat....kita raya keyell ye anak...anak....kat sini pun hokey per...surau depan rumah nenek ni ada buat korban hari Sabtu nanti & hari Ahad kita gi Damansara yek...kita join birthday party Noah ye.Mesti nanti enjoy.

Ok lah...kepada readers yang balik kampung tu berhati-hati memandu ye.Aku dengar semua highway sangat sesak.Korang bawak bersabar taw.

Salam Aidiladha buat semua....T______T

ATM vs TRW

Salam ollsss..,
 
Ni ada beberapa pic yang aku ambil masa kat stadium Shah Alam ketika ATM bertemu The Red Worrier baru-baru ni.Ni nak cerita, aku sangat kagum dengan semangat kenegrian yang ditunjukkan oleh set-set Kelate neh.Seawal 8 pagi mereka dah berkampung di sana.Mungkin mereka dari Kelantan, sebab tu lah mereka datang awal dan sanggup menunggu hampir 24 jam disana.Mereka datang berduyun-duyun...samaada berkenderaan sendiri mahupun menyewa bas persiaran.
 
Penyokong Kelantan begitu berbangga bilamana TRW dapat masuk Final.Bayangkan...makan tengahhari dan juga air mineral juga mereka sediakan secara PERCUMA okehh...bayangkan...samaada ko penyokong TRW ke ATM je boleh je beratur untuk ambil makanan.Aku & budak-budak gerai aku pun selamba je beratur ambil makan kat gerai " Gelombang Merah " nasi putih dengan ayam goreng, pas tu kuah gulai.sedap boleh tahan...nasi tu panas-panas lagi.
 
Bayangkan...berapa banyak mereka sponser makanan, t-shirt, selempang,banner,tiket mereka jual harga last rm35 je...begitu semangat kesukanan yang mereka tunjukkan demi melihat pasukan mereka mambawa pulang piala yang berprestij tu...(kahkahkah....ayat aku tetiba skema)
 
meh kita layan gambar dlu...oh lupa nak cerita...Penyanyi Dina tu ada singgah gerai kitorang beli makanan.Aku tak sempat nak ambil gambar dengan dia memandangkan masa tu orang tengah ramai.


Mamat-mamat ni poyo je lebih...

Ni la gerai aku


Tengok tu...punya ramainya manusia....Idup TRW

Gerai aku betul-betul depan stage


Haaa.....mari-mari...mari singgah beli air bang....

Cuaca time ni dah mula mendung

Then tak lama hujan

Ni lepas hujan

Akhirnya TRW menang mengalahkan ATM 3-2 dalam masa tambahan.Malam tu aku tak sempat nak tengok kerana TV Astro yang besar kat Stadium Shah Alam ni ada belah kanan hujung nuunn...aku kat tengah stage ni memang tak nampaklah ye...Tapi aku puas la tengok gelagat derang ni....sangat fanatik siap ada lagu Gomo Klate Gomo...kahkahkah...semangat itu penting.

Apa akan jadi kalau TRW kalah?aku rasa mesti akan ada kekecohan akan berlaku btol tak?Nasib baik la menang ye tak...dan mereka pulang ke kampung halaman dengan senang hati.

Gerai tutup sampai pukul 1 pagi.Siap clearkan barang.Nak balik ko tengok bukan main jem laaaaa....baik lepak dulu sebab kalau ko balik jugak memang menempah la jem tu kan...

Paling aku tak bleh lupa masa nak tutup gerai ni siap bagi diskaun lagi.Kalau masa pagi tu jual serial....masa nak tutup ko jual serial dua.macam air tu aku jual samah segelah (limaploh sen segelas).kahkahkah....Janji barang jualan habis ye adikadik.lawok la pulok maso neh deh, tibo-tibo kawe buleh kecek klate...Bila dah turun hargo makogerai-gerai sebelah pun turun la hargo.mace kak pasar borong deh...

Dah-dah....terbelit lidah aku nak bercakap bahasa klate ni.Buleh kecek tapi tok samo weiihhhh...

Apa pun ni la antara pengalaman-pengalaman yang aku kutip sepanjang hidup.Maklum la berniaga ni hanya tambah pengalaman dan mencari site income.Kalau tiap minggu ada job memang masyuuuk weihhh....
 

Untung Rugi

Salam,

Jumaat lepas aku de bagi tau korang apa projek aku hujung minggu semalam kan...berjaya ke tak...Jawapannya tak berjaya.Sedikit menghampakan.

Sebenarnya projek aku tu ialah projek buka stall masa perlawanan Final Kelantan lwn ATM kat Stadium Shah Alam.Kenapa projek ini tak berjaya??nanti akan ku ceritakan satu persatu...#pheeewww.....fitammacamterrersangatberniaga....kahkahkah...

Saje la kan....tips ni aku kutip masa buat kat ekspo-2 lepas.Bukan nak riak tapi ni pengalaman aku sendiri.Ye la...kita modal pusing bukan ribu riban.Kalau masuk ekspo gadang-2 ni aku fobia sikit.Takut barang tak habis kerana kalau ekspo besar ni sure la stall banyak gilss...so, kalau dah stall pun macam cendawan tumbuh....tak mustahil kita jual barang yang sama orang jual.Betul tak?Lepas tu sewa tapak pun mahal gilss....ehhh ko ni...berapa banyak gilss la khenn....fffttttt....

Ok, berbalik cerita asal tadi...kat sini aku huraikan ngapa aku kata projek aku kali ni GAGAL???

1. Perancangan last minit.

Hari Jumaat tu jugak aku dapat call dari abi...dia kata projek esok on, then sewa tapak dah settle.
Aku : OMG... ngape bayar sewa dulu??barang cam ner?bila nak carik?OMG lapanplohlapankali
Abi : Abi tak tau...tau-2 bos bayar dulu.Barang nanti abi & bos carik, jangan risau.Ummi prepare     
          perkakas,prepare barang anak.esok hantar anak kat rumah pengasuh.
Aku : Perkakas sentiasa on je.senang dah memang letak satu tempat, but anak tu nak ke pengasuh     
          jaga?i don't think so b....
Abi : Kalau pengasuh tak mo jaga, hantar kat mak
Aku : Mak dah tak larat nak jaga, lagi pun ayah tak berapa sihat tu.
Abi : Ok, ummi call pengasuh dulu, tanya & minta tolong dia.Ini big projek k.Bye
Aku : Hopefully.


Bila buat perancangan last minit, biasanya akan GAGAL.Aku bukan mendoakan bisnes ini gagal, tapi bila last minit, makanya tiada paper work rite?maka ini lah jadinya.

2. Stok terlampau banyak

Bila tiada meeting, tiada perancangan.Lalu terjadilah lebihan/kurang stok.Lagi satu bos abi ni tiada pengalaman dalam ekspo.Punyalah banyak ambil stok daging burger sampai 6 katon, roti dan nugget pun ambil 6 katon.OMG...aku mau fitam dikala lihat abi bawa balik banyak stok malam tu.Gilss lah.

Aku : Gilss lah...Buleh habis ke ni???
Abi : Boleehhhh...pengunjung 20ribu takkan tak boleh habis...
Aku : eerrmmm...harap-2 la k....kita tak pernah masuk event beso neh...

3. Sewa tapak MAHAL

Aku bila abi bagitau sewa tapak tu 2K aku dah terkezut dah.OMG mahal sangat tu.Terus je aku cakap tak yah la join event ni sebab sewa tapak kemain demand.Rabak ko nak cover balik sewa tapak.Tapi tetaappppp jugak nak join.Buleh untung katanya.

4. Banyak stall haram

Tu biasa lah.Stall haram bagai cendawan tumbuh selepas hujan bila ada event beso neh.Memang salah tapi mereka bijak merebut peluang.Tak boleh la nak salahkan mereka kerana mereka juga mencari rezeki halal.

5. Jenis makanan yang 80% sama

Ni la paling aku takut.Majoriti peniaga menjual barang or makanan yang lebih kurang atau sama je.Burger,air,nugget,fish ball,buah,air kotak, air tin, kacang.Lagi pun stall kami tak de menu yang power.Maksud aku tu stall kami tak jual makanan yang orang lain tak jual.Burger,air, nugget tu orang biasa jual.Macam mee kari ke, laksa ke, roti bom ke, jarang ada saingan.

6. Hujan

Faktor hujan tu tak dapat nak ngelak la kan.Bayangkan musin tengkujuh lepas jatuh pada bulan Ramadhan.Maka sila la kesian pada peniaga PARAM kerana sales yang meredum dan pulang dengan barang mentah yang masih banyak.Pas tu basah kuyup dek kerana tempias hujan.

7. Ambil staff ramai

Dah la sewa 2K, modal pusing beli barang mentah, 1,500K, peralatan RM500.Ambil pekerja sampai 8 orang.Kalau sorang RM60 x 8 = RM480..Makanya hasil jualan perlu lebih RM5K.ai is fening u know...tpi xpe lah...barang dah ada, untung rugi kira kemudian sambil berdoa la hasil jualan akan meningkat lebih 5K.Tapi...Mampukahhhh?

                                   ******************************************

Sekali lepas tutup jualan..kira punya kira hasil kutipan tak sampai RM2K pun.OMG...Letihnya seharian berjualan, untung tak der.Aku tak pernah bawa balik barang mentah lepas jualan...ini semua disebabkan tiada perancangan rapi.Kalau aku yang beli stok bahan mentah, aku sure la la sold out sebab aku dh biasa baget kan.Tapi kali ni bukan bajet aku...mau fitam bos hubby aku...muahahahaha...


Dia ok jer...1st pengalaman katanya.Dia tak tau aku dah semput masa memula tengok stok yang dia beli.Kita meniaga ni bukan jam-jam tu gak nak kaya kan.Niaga ni kena strategi, jangan tamak haloba...kahkahkah...kalau tamak haloba ni la jadinya,Dia ingat boleh sold out...memanglah pengunjung tu sekitar 20ribu orang..dia tak tau berapa ramai yang peniaga halal + peniaga haram lagi.So, ini satu pengajaran buat dia or pada siapa-siapa je yang nak mulakan 1st step untuk berniaga.Jangan tamak, buat kewl2 jekk..ok?

Kita yang baru-baru berjinak niaga ni satu je la....perlu keluarkan modal sikit untuk peralatan, tapi bila dah 5 ke 6 kali berniaga tu dah ok la sikit kerana kebanyakan barang kita dah ada, so gunakan je apa yang ada.nak topap barang pun dah tak banyak.

So, sesiapa yang berminat nak mulakan perniagaan kecil2lan...sila ikut step aku.Yang penting ikut bajet korang.Kalau untung, alhamdulillah....tpi kalau rugi sila jangan patah semangat.Berniaga ni ada untung dan rugi dan Allah pun dah cakap perniagaan adalah satu pekerjaan mulia.so, jangan la malu2 untuk mulakan langkan anda.







Friday, 19 October 2012

Big Project Around Saturday

Salam,
 
Esok (Sabtu), aku dan en hubby ada big projek.Doakan agar semuanya berjalan lancar ye sebab dari semalan aku cery bery.Nasib la bukan jenis yang badan terus flet.Tu sebabnya la hari ni (Jumaat)aku pergi juga kerja walaupun ceri bery.
 
Nak cerita panjang takut tak jadi.Kesimpulannya tunggu je lah cerita aku hari isnin nanti ye.....Wah bajet la kan orang baca blog ko....alah....sekadar suke2 je apa de hal....#libasrambutmatapandangatas...

Monday, 15 October 2012

Hani the VONGGOK

Hangin betul aku dengar call dari sorang lady pagi tadi kat HotFM.
mcm batak...dia harap ada hari POLIGAMI SEDUNIA...

Dgn riang dia berkata "Kalau ada hari poligami sedunia, saya akan kawen hari tu!".

Weeeiiii....jgn bodo sgt....klu dh bodo jgn la bgtau 1 dunia kau tu bodo....ppn xde maruah...aku pasti ramai perempuan yang hangin dengan caller ni.Nama dia HANI.wah dah nama pun madu, memang patut la ko perempuan gedikssss & perampas.Nampak sangat ko tak laku ngan laki bujang kan??wat malu kaum hawa je ko ni Hani oooiiii...


Aku cerita atas pengalaman.Dulu exhubby pernah cakap nak kawan lain alasan aku xboleh beranak?whadefakkk???bukankah Allah yang berhak keatas umatnya?Apa jua yang berlaku bukan atas kehendak manusia itu sendiri.Ini semua atas ujian dan ketentuan Allah.Kenapa nak salahkan aku sebab dah hampir 9 tahun berkahwin, seorang zuriat pun tak dapat?

Tapi aku akhirnya decide untuk bercerai kerana aku bukan jenis perempuan yang sanggup bermadu.Dan aku yakin atas pilihan ku ini setelah mendapat alamat selepas membuat solat istikharah.Isshhh  ter-emo pulak bila dengan kisah POLIGAMI ni.

Berbalik citer pasal Hani tadi...dengar suaranya pun dah tau dia perempuan gediks.Tak paham aku ngapa sanggup tunggu laki orang tu sampai 2 tahun?Siap mengata isteri pertama lg...suami dah tak sayang dan suruh dia minta cerai dari suami.Tak ke memalukan je perempuan shial ni??dah terang-terang talak di tangan suami, kalau betul suami dah tak sayang, maka dia boleh je jatuhkan talak tapi kenapa sampai 2 tahun?Nampak sangat ko ni Hani hanya dijadikan geli-geli je oleh laki berkenaan.Untuk dijadikan isteri memang tak la....

Harap-harap dia diberikan hidayah oleh Allah dengan berbakul-bakul makian dia dapat hari ni.Ingatlah hukum karma, jika hari ni dia buat orang orang, maka dia juga akan mendapat balasan didunia juga.

Cengkenit a.k.a Pepijat

Ayyyooooo...ni satu masalah besar sedang melanda.Natang cengkenit ni mengganas habis 3 biji toto aku jadi sangkar.Mana datang natang ni pun aku xtau...Tau tau abis aku anak beranak kegatalan akibat gigitan serangga ni.

Mulanya hanya hubby aku je yang kena.Asal malam je dia menggaru.Sampai aku naik bosan tengok dia asik la garu sini...garu sana. Pas tu suruh aku lumur ubat kat seluruh badan dia...Pas tido kejap...bukak lampu...garuk lagi...Yang paling aku hairan...kalau semut or nyamuk...ngapa dia sorang saja yang kegatalan?Aku dan anak-anak xkena pun??

Sampaikan hubby nak cari air penawar.Manalah tau kata orang kena sembur pontianak...haaa...ni first time dengar.Ok nak cuba tapi dimana nak cari orang yang pandai buat air penawar ni.Akhirnya aku bawa hubby gi klinik.Dia dapat ubat gatal & injection untuk hilangkan gatal tu.Hamboiii kemain mahal ubat sampai 67 hengget.Wahhh...tapi redha je lah ...asalkan hubby tak gatal-gatal lg.

Sampaila hari Jumaat lepas.Seblom tido aku story2 la laki bini.Tah cam ner aku cerita lah kat dia dalam mggu lepas masa aku lipat toto seblom nak gi kerja, aku terjumpa la kumpang itam 2 ekor, lalu aku picit sekali keluar darah.Terdetik dalam hati darah apakah ini?darah binatang ni ke atau darah manusia??Lalu aku bau darah kat tangan...kemain busuk baunya....

Lepas hubby dengar je cerita aku tu...terus dia bangkit dan tengok toto yang kami tido tu atas bawah,tepi bucu,pelipat....memang betul la tu PEPIJAT atau orang kampung panggil CENGKENIT.Bukan main banyak kami dapat malam tu adalah dalam 10 ekor...gemuk-gemok pulak tu.

Aku yang tak pernah lihat cengkenit ni kebengongan, tapi berusaha mencari binatang ni.aku kan org bandar....ecewahhhh...memang xkenal pun ngan cengkenit.Patut la seminggu dua ni aku dan anak-anak pulak kena gigit.Kemain gatal pulak tu tapi tak terasa masa dia gigit...tau2 je tangan or kaki dah bengkak macam kena gigit nyamuk.

Bila aku decide dengan hubby...nampaknya kena panggil pest control untuk sembur satu rumah.Kalau tak memang beranak pinak la natang ni dalam rumah.Habis la darah kami kena hisap...huwaaaaa....scarryyyyy.....

Aku dah dapat contack numper kawan aku dalam FB.Laki dia kerja kat pest control.Dapat la harga RM120 untuk sembur satu rumah.Murah ke mahal jangan tanya aku sebab aku first time nak buat.Sebelum ni tak ambil tahu pun...kahkahkah...


Nanti kemudian bila dah operasi rumah aku hapdet la ye...ni je la pic yang dapat aku ambil memandangkan natang ni berjalan sangat laju.tengok tu bila aku picik keluarla darah yang dihisap.memang jahanam ini binatang.nanti kau...mampus anak cucu ka aku pulak kerjakan.


Masalah datang bertimpa

Salam....

uoallsss...masalah datang bertimpa-timpa.Mulanya hari Khamis 4hb Oktober minggu lepas...ayah sakit lagi.Kali ni dia col aku sendiri bagi tau dia sesak nafas.Kebetulan dari pagi tu tengok cerita adik Adam Shukri kat MHI.Lepas tu masuk je opis terus buka FB dapat berita anak buah kawan aku plak meninggal lepas 11 hari koma.budak tu baru 1y4m, meninggal akibat lemas, dalam pukul 11pagi gitu aku call mem tanyakan pasal cek & voucher...seblom letak fon tu mem bgtau adik iparnya tiada harapan untuk pulih.Hanya tunggu masa kerana dengupan jantung yang kian lemah...xlama bercakap ngan mem tu pulak....ayah col bagitau dia sesak nafas.

Aduuuhhh...cuak betol la time tu.Dah la dengar macam-macam cerita...tuptup...ayah sdiri pun sedang semput nafasnya.Sepanjang perjalanan aku berdoa dan pujuk hati.Moga ayah selamat sambil doa sambil bercucuran air mata ni.

Sampai je kat rumah ayah tengok dia sedang tidur mengiring.cuak sangat masa ni takut la kan....aku gerakkan ayah...alhamdulillah masih bernyawa.Dia minta aku tukarkan dia baju dan pakaikan kain pelikat, kemudian lap muka dia dengan towel.Siap semuanya aku bersedia nak papah ayah ke kereta.Tapi ayah tak larat nak berjalan.Dia suruh aku col ambulans.Lepas col ambulans aku col la adik lelaki aku ; Fizi, kemudian suami & last sekali emak aku.Aku maklumkan la yang ayah nampak stabil tapi aku sangat berharap agar suami ku segera pulang.

Ambilans sampai dalam setengah jam gitu, siap ayah naik ambilans ke hospital Kajang, aku & amin jemput mak kat kedai workshop,betulkan brek kereta kancil mak.Lepas ambil mak terus je kami ke Hospital Kajang.Mak dapat la masuk wad  emergency.Dalam kul 8.30mlm gitu baru ayah dapat katil.

Hari Jumaat aku ngan hubby cuti.Kepala otak ni beku dah tak tau nak buat apa.Nak kerja pun tak bersemangat.Nasib juga en. hubby tak kerja, pagi tu dia bawa emak & Ammar ke hospital.Ayah teringin nak makan pisang goreng katanya.Dalam kul 11 gitu abi dan Ammar balik dari hospital kemudian petang barulah aku bawa semua anak-anak ke hospital semula.Tapi malangnya kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk melawat.

Kesiah ayah....rindu nak tengok cucu2 tapi budak bertiga ni manalah boleh masuk kan.So, masa hari Sabtu tengah hari tu ramai pula tetamu ayah.Kakak Mas (kakak sedara) datang bawa uwan, Pascu & mak ngah.Pak bahari ngan isteri, aida ngan suami & kak Ida sekeluarga.Masa tu pulak ayah kena buat dialisis.dia buat dari kul 9 pagi sampai kul 1.30 belum selesai.Dekat pukul 2 baru nampak nurse tolak katil ayah masuk wad.Masa tu je lah anak-anak ku dapat tengok atoknya....huhu...sedayyy je time ni.

Dalam kul 3 gitu aku balik bawa mak.Mak anjang datang dalam kul 5 aku tak sempat jumpa.Dalam kul 2 pagi lepas Fizi tutup kedai makannya baru dia hantar mak ke hospital.Mak nak jaga ayah sementara tengah cuti ni.

Hari Ahad hanya Ucu ngan Ashira je datang melawat.Aku bawa anak-anak memandangkan abi kena kerja Sabtu & Ahad minggu tu.Tak pe...aku kan SuperMakk....ngeeee~

Aku happy bila ayah dapat balik petang Isnin baru ni.Syukur...dapat la dia berehat kt rumah...ahad lepas aku anak beranak gi umah mak kejap....tengok ayah tapi napa lak kali ni ayah kelihatan mengigil?kesihan pulak aku tengok keadaan ayah kali ni.Macam-macam penyakit..umur ayah baru 63 kalau nak dibandingkan dengan umur bapa mertua aku kat kampung dah 70 tahun tapi masih sihat dan masih menoreh.Ini semua sebab penyakit kencing manis yang ayah hidap sejak sekian lama.Kalau tak salah sudah 30 tahun ayah mengidap kencing manis menyebabkan kegagalan buah pinggang.
 
Aku hanya mampu berdoa dan membantu sekadar yang termampu.Ya Allah...kau berikan la kesihatan yang baik untuk ayah terus hidup disamping kami.Masih belum puas kami dengan kasih sayang ayah dan masih belum pukup aku berkorban untuk ayah...Mohon Allah panjangkan umur ayah & sembuhkan la penyakit ayah...Aminnn...

Thursday, 27 September 2012

Abg Amin ke Zoo Negara

Salam,

Isskkkk...hari ni Abg Amin gi Zoo Negara ngan kawan-kawan sekolahnya.Pepagi pukul 7.45 lagu abi dah hantar abg Amin gi school sebab abi kena kerja kat KL, tu yang boleh lewat tu.

Rasa cuak kat aku takut abg notty ke, hilang ke, sakit ke...nowadays aku tengok dia tak boleh nak gelak-gelak sangat.Bila terlebih...mesti batu kahak.Dah lama sakit batuk kahak abg amin...dah macam-macam ubat bagi tapi tak de perubahan.Aku nak je aku rujuk dia ke HUKM tapi tah bila nak pergi.

Hati ummi mana yang tak risau bila anak sakit ke, pergi rombongan ke kan?walau pun ada pengawasan dari guru-guru...perasaan risau tu tetap ada.Pepagi masa siapkan dia banyak dah pesanan penaja aku beri kat dia.

Ummi : Abg nanti jangan main lari-lari...nanti abg semput,jumpa kawan main elok-elok...abg tu bila dah jumpa kawan tak ingat duniakan...ikut je cikgu, nanti sesat,jgn main kat jalanraya, bahaya...makan bekal yang ummi bawakan tu...ada karipap dan roti telur...makan tau, nti abg lapar...ada air kosong nti abg minum eh, tutup elok-elok nti tumpah. OK??

Abg Amin : Baaaaaaiiiiiikkkklah ummmmmmiiiiiiii (ckp mcm upin ipin)

Ummi : haiiiisshhh budak ni...ummi pesan ni ingat tau....

Tengok la tu...macam-macam nak kena pesan kan...Dia baru 5tahun...walau pun dia lasak,degil...tapi penakut.nowadays selalu adik buli dia.Dia jenis tak melawan....kadang-kadang geram sangat sebab dia tak pandai lagi nak pertahankan diri.Manja terlebih dah ni...

Selalu je buat aku marah dengan kedegilan dan kelasakkan dia tu...tapi anak tetap anak.kasih sayang aku pada dia dan adik-adik sama rata.Walau dia bukan anak kandung dan aku bela dia sejak umurnya 6 bulan tapi aku tetap anggap dia seperti anak sulung ku.

Now dah kul 1...harap-harap derang dah sampai perkarangan sekolah dengan selamat...Macam ni lah mak-mak ye...risau sentiasa...



Tuesday, 25 September 2012

Ayam Pandan

Hari-hari dok pikir apa la nak masak petang ni kan....try cari kt my resipi...nampak la resipi ayam pandan ni.Nampak cukup menyelerakan dan tentunya bau wangi daun pandan itu sudah tentu membuka selera.

Baeeekkk...petang ni nak try la masak ayam pandan.Ni antara ingrediant ayam pandan yang aku search kat My Resipi.Kredit kepada tuan resipi ye...

             Ayam Pandan



















  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan
  • Cara-cara

    1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
    2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
    3. Pandan1
      Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
    4. Pandan2
      Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
    5. Pandan3
      Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
    6. Pandan4
      Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
    7. Pandan5
      Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana

    Okey guys....lets try ye...pasti ianya tak menghanpakan...T______T

    Monday, 24 September 2012

    Lunch Cekik Darah

    Youuussshhhh...lama btol aku xhapdet belog kerana tahap kemalasan berganda-ganda.Tetiba nak buat satu entry lunch aku tengahari tadi.

    Punyalah malas nak hidup enjin kereta.Lagi pula dengan panas melampau maka aku ngajak la Wanie gi mkn kat depan opis ni je.Lagi pun kedai depan opis ni baru je siap renovate.So...marilah kita menghabiskan duhet kt kedai depan yokk...

    Sampai kat kedai tu lauk tak banyak pilihan pun.dok pusing la 2x nak cari lauk berkenan.Last2 aku ngan wanie pakat nak tapau je...malas nak makan kat kedai...panas la katakan...Aku pun ambil la nasi putih, ikan kembong goreng ngan sayur taugih goreng.Wanie pun sama cuma dia ambil ikan kerisi.sayur pun dia ambil taugih...nasi separuh.Pi kat kaunter hambek ko...makanan aku yang lauk taugeh goreng & ikan kembong tu RM6?? Wanie punya RM4.50.Dua kali aku tanya kt pembantu kedai tu (yang macam tak pandai nak kira)..." saya punya RM6 kak??" #buntangmatahaku...heiiihhhh... mahal glerrr weihhhh.....

    Masa makan kat pentry opis...bos pun datang sembang skali ngan apis & pak ngah...terus je ngadu makanan kat depan mahal ooiii...len kali jangan pegi hokeyyy~

    Memula bos dok cakap caner tak mahal....renovate kemain cantekkk...oiiitttt....tak kan ko renovate kedai kami yang ragular customer pun ko nak cekik??hakkk tuiiii....

    Baeekkkk....len kali aku tak gi dah la kedai ko...(aku agak tokey kedai ni nak cepat naik haji...)

    Wednesday, 19 September 2012

    Campak Bayi Dari Tingkat 3

    ZALIM !!!!
    Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dicampak di tingkat 3 sebuah pangsapuri. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan telah ditemui penduduk kira-kira jam 11 pagi.

    Sedih melihat semakin hari masyarakat menjadi semakin kejam dan tidak berperikemanusian. Dimanakah silapnya apabila kes-kes bunuh, rogol, ragut semakin menjadi-jadi? Saban hari ada saja cerita-cerita seperti ini dipaparkan di dada-dada akbar.




     
    
    Mengapa manusia kini hilang nilai kasih sayang??

    Ni lah wanita yang telah mencampakkan anaknya dari tingkat 3

    Sedih tengok keadaan mayat bayi tu kan....apa lah salah dia diperlakukan sebegitu rupa.Hilang sudah nilai kasih sayang masyarakat kita kini.Bayi ini dipercayai masih hidup sebelum ibunya mencampakkan dia kebawah.