Friday 2 November 2012

ORIGINAL Perfume for SALES...Grab it NOW!!

Salam oolllssss.....

Now aku buka SALES untuk ORIGINAL PERFUME. Kepada sesiapa yang berminat boleh e-mail aku ie_zaza@yahoo.com or CALL/SMS . Semuanya Free delivery tapi kepada yang nak COD boleh jumpa saya sekitar Purtajaya,Cheras,Ampang & PJ. 
DKNY Be Delicious EDP
RM200 (Free Delivery)
Dior Miss Dior Cherie
RM200 (Free Delivery)
Gucci Envy Me
100ml
RM200 (Free Delivery)
Vercace Bright Crystal
90ml
RM200 (Free Delivery)
Paco Rabane Lady Million
RM200 (Free Delivery)
Dolce & Gabbana Light Blue for Women
100ml
RM200 (Free Delivery)
Chanel Coco Mademoiselle
RM200
RM200 (Free Delivery)
Chanel Blue de Chanel
100ml
RM200 (Free Delivery)
Chanel Chan by Chanel
RM200 (Free Delivery)
Bvlgari Omnia Amethyste
RM200 (Free Delivery)
Carolina Herrera 212 for Men
RM200 (Free Delivery)
Chanel Chan Eau Tendre
RM200 (Free Delivery)
Carolina Herrera 212 Sexy Men
RM200 (Free Delivery)
Chanel Coco Noir
RM200 (Free Delivery)
CK Euphoria for Women
RM200 (Free Delivery)
Dior J'adore Gold Supreme
RM200 (Free Delivery)
Dior Miss Dior Charie L'eau
RM200 (Free Delivery)
Giorgio Armani Acqua Di Gio
RM200 (Free Delivery)
Lancome Miracle So Magic
50ml
RM200 (Free Delivery)
Nina Rinci Ricci
80ml
RM200 (Free Delivery)
Paco Rabanne 1 Million
RM200 (Free Delivery)

Happy shopping ye.....^_____^

Faizah Abd Rahman
114280378930 (Maybank)
14420068044527 (CIMB)
No. H/P : 014-2357146
E-mail : ie_zaza@yahoo.com

Notakaki : Sila sms iezza untuk memaklumkan transaksi,masa & tarikh.
TQVM... 




















Thursday 1 November 2012

Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Hemodialisis memerlukan anda untuk mengikuti jadual rawatan yang ketat, mengambil ubat-ubatan secara berkala dan perlu sentiasa membuat perubahan dalam diet anda.
Di dalam menjalani rawatan hemodialisis, ada beberapa risiko yang kemungkinan anda akan hadapi. Komplikasi tersebut boleh berpunca dari rawatan hemodialisis itu sendiri atau disebabkan oleh penyakit buah pinggang yang mendasarinya. Antara komplikasinya ialah:
Tekanan darah rendah (hypotension). Satu penurunan dalam tekanan darah adalah kesan sampingan yang paling biasa dalam rawatan hemodialisis, terutamanya jika anda mempunyai diabetes. Tekanan darah rendah boleh diiringi oleh sesak nafas, kejang perut, kekejangan otot, loya atau muntah-muntah.
Kekejangan otot.Walaupun doktor tidak pasti apa yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot semasa hemodialisis, ianya adalah biasa. Kadang-kadang masalah kekejangan otot boleh berkurangan dengan menukar kekerapan dan intensiti hemodialisis.
Gatal-gatal. Ramai dari mereka yang menjalani hemodialisis akan menghadapi masalah kulit gatalyang selalunya lebih teruk semasa atau selepas prosedur.
Masalah tidur. Pesakit hemodialisis sering mempunyai masalah untuk tidur, kadang-kadang kerana berhenti bernafas semasa tidur (gejala sleep apnea) atau kerana kaki sakit, tidak selesa atau gelisah.
Anemia. Anemia ialah keadaan di mana pesakit tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup. Ia adalah satu komplikasi biasa dalam masalah kegagalan buah pinggang dan rawatan hemodialisis. Kegagalan buah pinggang mengurangkan pengeluaran hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah.
Sekatan ke atas diet, penyerapan zat besi yang kurang, atau penyingkiran zat besi dan vitamin dalam rawatan hemodialisis juga boleh menyumbang kepada anemia. Kehilangan darah dari rawatan hemodialisis atau aktiviti rutin pensampelan darah boleh memberikan kesan yang sama.
Penyakit tulang. Jika buah pinggang anda telah rosak, biasanya ia tidak lagi dapat menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium, di mana akan menjadikan tulang anda lemah. Di samping itu, kelebihan hormon paratiroid, satu komplikasi biasa akibat dari kegagalan buah pinggang boleh menghakis kalsium daripada tulang anda.
Tekanan darah tinggi (hipertensi). Tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang. Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dirawat untuk masalah kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Beban bendalir berlebihan. Jika anda minum lebih banyak cecair daripada yang disyorkan, anda akan menjadikan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa, seperti kegagalan jantung atau pengumpulan cecair dan bengkak dalam paru-paru anda (edema pulmonari).
Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis). Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.
Tahap potassium tinggi (hyperkalemia). Buah pinggang biasanya membuang potassium berlebihan dari badan. Jika buah pinggang anda gagal dan anda makan lebih potassium daripada yang disyorkan, tahap potassium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.
Jangkitan. Jangkitan berbahaya boleh berlaku pada tapak di mana darah keluar dari badan anda akan ditapis dan kemudian dimasukkan semula.
Kemurungan. Ramai dikalangan mereka yang menjalani hemodialisis akan mengalami kemurungan dan kebimbangan.
Amyloidosis. Dialisis berkaitan amyloidosis (DRA) terjadi apabila protein dalam darah yang disimpan pada sendi dan tendon, menyebabkan kesakitan, kekakuan dan bendalir dalam sendi. Keadaan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang telah menerima rawatan hemodialisis selama lebih daripada lima tahun.

sumber artikel : http://mayocl.in/PgHkpJ

Notakaki : aktikel ini saya copypaste hanya untuk panduan saya sahaja...dan ini hanya panduan umum bukan nasihat profesional.Saya sekadar ingin memahami keadaan pesakit buah pinggang kerana mungkin dapat membantu meringankan penderitaan ayah saya.TQ

Nasi Lemak Corner

Salam,

Syukur alhamdulillah....kita dah masuk bulan November, bulan baru moga dimurahkan rezeki kita dengan jalan yang halal dan diredhai.Ni aku nak cerita la...semangat bukan main.kahkahkah...

Macam ni ceritanya....aku dah 2 hari hantar nasi lemak kat kedai adik aku si Fizi tu.Plan nak buat 1hb November ni...tapi disebabkan tengah bersemangat + barang pun memang dah ada...30hb Oktober tu aku dah start hantar nasi lemak kat kedai dia.Lagi pulak 30hb Oktober tu birthday ayah aku...

" Happy Birthday Ayah....Ayong doakan smoga ayah cepat sembuh...panjang umo dan gembira selalu bersama kami yang masih memerlukan ayah disisi."

Bila cerita pasal ayah...hati aku sayu...ayah sakit, buah pinggang dua-dua dah rosak, now bergantung ubat & akan buat dialisis 3x seminggu.Ya Allah....kau ringankanlah bebanan ayah....sembuhkan lah penyakit ayahku...aku dan keluarga masih ingin ayah bersama kami....masih inginkan kasih sayang dari ayah...

Now dh start sedih2 bila cerita pasal ayah...sobbb...sob...ok2...xmo la sedih2...berbalik cerita tadi, hari pertama sangatla bughuk rupe bungkusan nasi lemak aku tu...kahkahkah...(jangan nak gelak sangat hokeyy...ai kan bukan ada pengalaman jual nasi lemak, so mahapkan je la ye..)

Hari pertama tu aku buat 13 bungkus je...Aku buat telur goreng mata dan kerang je pun.laku 12 bungkus....Alhamdulillah....untuk hari pertama aku sangatlah nerves sebab takut tak laku.Tapi walau macammana pun aku kena try juga demi mengubah masa depan kenalah kuat berusahakan....

Adat niaga ni ada untung ruginya...lagi satu jangan cepat putus asa.Setahun dua ko meniaga ni memang sakit sikit la, tapi bila orang dah tau..masa tu lah rezeki ko datang mencurah.Ewaaahhhh...cakap macam ko dah pandai berniaga je khannn....padahalll!! #matakeatas....
 
Hari kedua semalam aku up sikit buat 17 bungkus...menu tukar sikit.Aku jual sambal kerang,sambal sotong & ayam goreng.telur goreng mata aku tak buat sebab dah banyak menu.Tengok skill bungkus pun macam dah pro...walaweeeiiihhh...korang xtau...pagi tu aku siap beli nasi lemak yang sebungkus singgit tu semata-mata nak tengok cammana rupanya orang bungkus nasi lemak...wakakakaka....bile aku cerita kat kawan opismate aku (Wanie) dia gelak kaw-kaw....haha....ko gelak la lelebih....terberanak gue tak tau...ngeee ~ T______T
 
Hari kedua hanya terjual 7 bungkus je, maybe hujan kan...bila hujan orang malas nak keluar..(saje nak sedapkan hati sendiri)..tapi tak pe lah...adat berniaga ko mesti tau ada masa untung...ada masa rugi.Yang penting aku tak cepat patah semangat...Bak kata pepatah masa aku sekolah dulu..."nak senang bukan senang, nak susah bukan susah" eh ye ke?haaaye lah tu kan...:P
 
 
Salam...Bye2...