Thursday 1 November 2012

Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Hemodialisis memerlukan anda untuk mengikuti jadual rawatan yang ketat, mengambil ubat-ubatan secara berkala dan perlu sentiasa membuat perubahan dalam diet anda.
Di dalam menjalani rawatan hemodialisis, ada beberapa risiko yang kemungkinan anda akan hadapi. Komplikasi tersebut boleh berpunca dari rawatan hemodialisis itu sendiri atau disebabkan oleh penyakit buah pinggang yang mendasarinya. Antara komplikasinya ialah:
Tekanan darah rendah (hypotension). Satu penurunan dalam tekanan darah adalah kesan sampingan yang paling biasa dalam rawatan hemodialisis, terutamanya jika anda mempunyai diabetes. Tekanan darah rendah boleh diiringi oleh sesak nafas, kejang perut, kekejangan otot, loya atau muntah-muntah.
Kekejangan otot.Walaupun doktor tidak pasti apa yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot semasa hemodialisis, ianya adalah biasa. Kadang-kadang masalah kekejangan otot boleh berkurangan dengan menukar kekerapan dan intensiti hemodialisis.
Gatal-gatal. Ramai dari mereka yang menjalani hemodialisis akan menghadapi masalah kulit gatalyang selalunya lebih teruk semasa atau selepas prosedur.
Masalah tidur. Pesakit hemodialisis sering mempunyai masalah untuk tidur, kadang-kadang kerana berhenti bernafas semasa tidur (gejala sleep apnea) atau kerana kaki sakit, tidak selesa atau gelisah.
Anemia. Anemia ialah keadaan di mana pesakit tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup. Ia adalah satu komplikasi biasa dalam masalah kegagalan buah pinggang dan rawatan hemodialisis. Kegagalan buah pinggang mengurangkan pengeluaran hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah.
Sekatan ke atas diet, penyerapan zat besi yang kurang, atau penyingkiran zat besi dan vitamin dalam rawatan hemodialisis juga boleh menyumbang kepada anemia. Kehilangan darah dari rawatan hemodialisis atau aktiviti rutin pensampelan darah boleh memberikan kesan yang sama.
Penyakit tulang. Jika buah pinggang anda telah rosak, biasanya ia tidak lagi dapat menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium, di mana akan menjadikan tulang anda lemah. Di samping itu, kelebihan hormon paratiroid, satu komplikasi biasa akibat dari kegagalan buah pinggang boleh menghakis kalsium daripada tulang anda.
Tekanan darah tinggi (hipertensi). Tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang. Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dirawat untuk masalah kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Beban bendalir berlebihan. Jika anda minum lebih banyak cecair daripada yang disyorkan, anda akan menjadikan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa, seperti kegagalan jantung atau pengumpulan cecair dan bengkak dalam paru-paru anda (edema pulmonari).
Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis). Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.
Tahap potassium tinggi (hyperkalemia). Buah pinggang biasanya membuang potassium berlebihan dari badan. Jika buah pinggang anda gagal dan anda makan lebih potassium daripada yang disyorkan, tahap potassium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.
Jangkitan. Jangkitan berbahaya boleh berlaku pada tapak di mana darah keluar dari badan anda akan ditapis dan kemudian dimasukkan semula.
Kemurungan. Ramai dikalangan mereka yang menjalani hemodialisis akan mengalami kemurungan dan kebimbangan.
Amyloidosis. Dialisis berkaitan amyloidosis (DRA) terjadi apabila protein dalam darah yang disimpan pada sendi dan tendon, menyebabkan kesakitan, kekakuan dan bendalir dalam sendi. Keadaan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang telah menerima rawatan hemodialisis selama lebih daripada lima tahun.

sumber artikel : http://mayocl.in/PgHkpJ

Notakaki : aktikel ini saya copypaste hanya untuk panduan saya sahaja...dan ini hanya panduan umum bukan nasihat profesional.Saya sekadar ingin memahami keadaan pesakit buah pinggang kerana mungkin dapat membantu meringankan penderitaan ayah saya.TQ

1 comment:

s..a..y..a... (^_^) said...

info yang sangat membantu.. izin copy paste blog saya..http://shimitiniy.blogspot.my