Thursday 27 September 2012

Abg Amin ke Zoo Negara

Salam,

Isskkkk...hari ni Abg Amin gi Zoo Negara ngan kawan-kawan sekolahnya.Pepagi pukul 7.45 lagu abi dah hantar abg Amin gi school sebab abi kena kerja kat KL, tu yang boleh lewat tu.

Rasa cuak kat aku takut abg notty ke, hilang ke, sakit ke...nowadays aku tengok dia tak boleh nak gelak-gelak sangat.Bila terlebih...mesti batu kahak.Dah lama sakit batuk kahak abg amin...dah macam-macam ubat bagi tapi tak de perubahan.Aku nak je aku rujuk dia ke HUKM tapi tah bila nak pergi.

Hati ummi mana yang tak risau bila anak sakit ke, pergi rombongan ke kan?walau pun ada pengawasan dari guru-guru...perasaan risau tu tetap ada.Pepagi masa siapkan dia banyak dah pesanan penaja aku beri kat dia.

Ummi : Abg nanti jangan main lari-lari...nanti abg semput,jumpa kawan main elok-elok...abg tu bila dah jumpa kawan tak ingat duniakan...ikut je cikgu, nanti sesat,jgn main kat jalanraya, bahaya...makan bekal yang ummi bawakan tu...ada karipap dan roti telur...makan tau, nti abg lapar...ada air kosong nti abg minum eh, tutup elok-elok nti tumpah. OK??

Abg Amin : Baaaaaaiiiiiikkkklah ummmmmmiiiiiiii (ckp mcm upin ipin)

Ummi : haiiiisshhh budak ni...ummi pesan ni ingat tau....

Tengok la tu...macam-macam nak kena pesan kan...Dia baru 5tahun...walau pun dia lasak,degil...tapi penakut.nowadays selalu adik buli dia.Dia jenis tak melawan....kadang-kadang geram sangat sebab dia tak pandai lagi nak pertahankan diri.Manja terlebih dah ni...

Selalu je buat aku marah dengan kedegilan dan kelasakkan dia tu...tapi anak tetap anak.kasih sayang aku pada dia dan adik-adik sama rata.Walau dia bukan anak kandung dan aku bela dia sejak umurnya 6 bulan tapi aku tetap anggap dia seperti anak sulung ku.

Now dah kul 1...harap-harap derang dah sampai perkarangan sekolah dengan selamat...Macam ni lah mak-mak ye...risau sentiasa...



Tuesday 25 September 2012

Ayam Pandan

Hari-hari dok pikir apa la nak masak petang ni kan....try cari kt my resipi...nampak la resipi ayam pandan ni.Nampak cukup menyelerakan dan tentunya bau wangi daun pandan itu sudah tentu membuka selera.

Baeeekkk...petang ni nak try la masak ayam pandan.Ni antara ingrediant ayam pandan yang aku search kat My Resipi.Kredit kepada tuan resipi ye...

             Ayam Pandan



















  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan
  • Cara-cara

    1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
    2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
    3. Pandan1
      Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
    4. Pandan2
      Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
    5. Pandan3
      Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
    6. Pandan4
      Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
    7. Pandan5
      Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana

    Okey guys....lets try ye...pasti ianya tak menghanpakan...T______T

    Monday 24 September 2012

    Lunch Cekik Darah

    Youuussshhhh...lama btol aku xhapdet belog kerana tahap kemalasan berganda-ganda.Tetiba nak buat satu entry lunch aku tengahari tadi.

    Punyalah malas nak hidup enjin kereta.Lagi pula dengan panas melampau maka aku ngajak la Wanie gi mkn kat depan opis ni je.Lagi pun kedai depan opis ni baru je siap renovate.So...marilah kita menghabiskan duhet kt kedai depan yokk...

    Sampai kat kedai tu lauk tak banyak pilihan pun.dok pusing la 2x nak cari lauk berkenan.Last2 aku ngan wanie pakat nak tapau je...malas nak makan kat kedai...panas la katakan...Aku pun ambil la nasi putih, ikan kembong goreng ngan sayur taugih goreng.Wanie pun sama cuma dia ambil ikan kerisi.sayur pun dia ambil taugih...nasi separuh.Pi kat kaunter hambek ko...makanan aku yang lauk taugeh goreng & ikan kembong tu RM6?? Wanie punya RM4.50.Dua kali aku tanya kt pembantu kedai tu (yang macam tak pandai nak kira)..." saya punya RM6 kak??" #buntangmatahaku...heiiihhhh... mahal glerrr weihhhh.....

    Masa makan kat pentry opis...bos pun datang sembang skali ngan apis & pak ngah...terus je ngadu makanan kat depan mahal ooiii...len kali jangan pegi hokeyyy~

    Memula bos dok cakap caner tak mahal....renovate kemain cantekkk...oiiitttt....tak kan ko renovate kedai kami yang ragular customer pun ko nak cekik??hakkk tuiiii....

    Baeekkkk....len kali aku tak gi dah la kedai ko...(aku agak tokey kedai ni nak cepat naik haji...)

    Wednesday 19 September 2012

    Campak Bayi Dari Tingkat 3

    ZALIM !!!!
    Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dicampak di tingkat 3 sebuah pangsapuri. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan telah ditemui penduduk kira-kira jam 11 pagi.

    Sedih melihat semakin hari masyarakat menjadi semakin kejam dan tidak berperikemanusian. Dimanakah silapnya apabila kes-kes bunuh, rogol, ragut semakin menjadi-jadi? Saban hari ada saja cerita-cerita seperti ini dipaparkan di dada-dada akbar.




     
    
    Mengapa manusia kini hilang nilai kasih sayang??

    Ni lah wanita yang telah mencampakkan anaknya dari tingkat 3

    Sedih tengok keadaan mayat bayi tu kan....apa lah salah dia diperlakukan sebegitu rupa.Hilang sudah nilai kasih sayang masyarakat kita kini.Bayi ini dipercayai masih hidup sebelum ibunya mencampakkan dia kebawah.

     

    Friday 14 September 2012

    Bantuan Segera Untuk Adik Adam

    Salam Jumaat all..

    Telah beberapa kali hati ini tersentuh melihat kesengsaraan yang ditanggung oleh bby Adam, terfikir pula untuk membantu sekadar yang termampu.Betapa berat dugaan pasangan muda ini kerana anak yang dilahirkan pada 4hb Mac, 2012 telah mengalami kerosakkan saraf otak.



                                                       Adam sedang dimandikan oleh nenek....

     
     

    Mata kanan Adam makin teruk....



     
    Cerita Adam di akhbar....


    ni sewaktu Adam baru beberapa hari dilahirkan.masih ada senyuman tapi kini makn pudar...
     
    Ya Allah....sedihnya aku tengok semua picture Adam.Semoga Adam sembuh sediakala seperti kanak-kanak lain.Tabah kan hati kedua ibu bapa Adam, moga ada keajaiban berlaku keatas anakmu ini.
     
    Naluri aku sebagai seorang ibu sangat tersentuh melihat penderitaan insan kecil ini...teringat aku kepada anak-anak sendiri.Apa la yang mampu insan kecil ini buat ...paling tidak menangis kesakitan.Ya Allah, tak sanggup rasanya melihat semua ini...
     
    Bantulah insan kecil ini, moga bantuan ikhlas dari anda semua dapat menyelamatkan nyawa Adik Adam.Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan dan keikhlasan anda semua...Aminnn...
     
    Noraisyah Md Malena (Ibu Adam)
    0133439702 (Maybank) 
                                                                 02040007292201 (CIMB)
     
     
     

    Kata-kata Mutiara

    Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

    Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

    Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

    Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

    Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

    Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

    Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

    Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

    Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

    Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

    Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

    Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

    Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

    Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

    Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

    Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

    Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

    Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

    Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

    Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

    Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

    Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

    Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

    Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

    Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

    Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

    Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama

    Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

    Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

    Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

    Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

    Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

    Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

    Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

    Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

    Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

    Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab

    Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

    Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

    Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

    Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

    Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

    Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

    Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

    Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte

    Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

    Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

    Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

    Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

    Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

    Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

    Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

    Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

    Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

    Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

    Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

    Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

    Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

    Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

    Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

    Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

    Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

    Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

    Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

    Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

    Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu

    Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

    Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

    Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

    Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

    Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

    Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
    Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

    Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

    Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

    Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

    Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

    Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

    Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

    Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

    Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

    Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

    Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

    Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel

    Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

    Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

    Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

    Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

    Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

    Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

    Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

    Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

    Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

    Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

    Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

    Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

    Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

    Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

    Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

    Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier

    Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

    Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

    Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

    Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

    Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

    Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

    Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

    Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

    Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

    Menyimpang seinci, rugi seribu batu. – Peribahasa Cina

    Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

    Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

    Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

    Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier

    Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

    Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

    Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

    Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

    Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

    Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

    Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

    Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

    Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
    ~ Flower A. Newhouse

    Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

    Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

    Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

    Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

    Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

    Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

    Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

    Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

    Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

    Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

    Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.

    Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan

    Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

    Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

    Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius

    Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

    Ammar turn 2

    Happy birthday to u....happy birthday to u...happy birthday to Ammar...Happy birthday to u....



    Hari ni genap umur anak ku M. Ammar Zakwan 2 thn.Selamat Ulangtahun Kelahiranmu Yg ke 2 sayang.Doa Ummi besar nanti Ammar jadi insan berguna dunia akhirat.Moga nanti jdi kebanggaan kami.Syukur dpt lihat anakda membesar depan mata.Smoga Allah melindungi & mengasihimu sentiasa.
     
    Dia la penglipurlara aku dan abi...nowadays Ammar agak lasak.tak ikut kehendaknya...siap la melenting-lenting sambil melalak sekuat hati.Kengkadang tak tau apa sebenar kehendaknya disebabkan dia masih belum pandai bercakap.Kengkadang susah nak tafsir perkataan yang keluar dari mulut comlez itu...muahahaha...beriya-iya cerita tapi kamu cakap german dengan umi...ummi sepatah haram xfaham...hihi ^^
     
    Sekarang ni dah boleh la cakap dua tiga patah perkataan...seperti nak lagi,sedappp,aiskrim,adik,kakak,abang,ummi...dan fav perkataan dia ialah......
    -
    -
    -
     
    Abbiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
     
    #Sentap mak ko tau dik....ko sorang je lah ada abi kan...T____T. Selebihnya masih cakap jerman...kengkadang lucu je dengar.
     
    Pantang je dengar lagu rancak or iklan kt tv...siap la ko nak joget-joget ala berjogging setempat.haha...sungguh lucu...
     
    Lagu fav dia sekarang ni lagu sudah cukup sudah dari kumpulan nirwana tu...tapi yang tau hanya...."suda cukup cukup sudaaaaa...".haha....lawak sangat.
     
    Biarlah lambat bercakap namun Ammar sentiasa menghiburkan.Mintak tolong buang pempers dia or adik baby pun dah tau.Pandai je dia gi buang dalam basket.Good boy sangat.
     
    Ummi doakan agar ummi dapat membesarkan mu hingga dewasa.Semoga Allah sentiasa melindungi dan mengasihi hero-hero ummi dan abi.
     
    Kalian la penyeri rumahtangga kami....Amin....:P



    Tuesday 11 September 2012

    Openhouse & Jejak Kasihan

    Mingggu lepas hari Ahad my FIL & MIL datang KL dengan rombongan cik kiah.Pukul 2.30petang baru sampai Putrajaya rumah Abg Seli.Derang lewat pasal tunggu Yatimah balik kerja.Lewat sangat la kan...rushing je rasa sebab malam kang nak bergegas balik pulak.Huii penat rasanya.

    Tak berapa lama perjalanan FIL & MIL, derang dapat call dari kak Linda, dia cakap xwife abg zeman datang dengan anak-anak.Aiiiseehhh.....ekceli dah 15 tahun xjumpa ni.Tu citer 15 tahun lepas masa tu aku blom pun jumpe En.Hubby. Dari citer En. Hubby...bila abg zeman berpisah ngan wife kedua dia ni...jarang sangat dapat jumpa mereka semula.Dulu anak-anak abg zeman ni arwah mak yang jaga.

    Aku tak pandai la nak citer kisah complecated ni.Yang aku tau abg zeman ni ada 3 wife.Wife yang pertama asal dari Sabah, yang kedua ni johor dan yang ketiga tu xpasti.Tapi yang pasti abang zeman hanya punya anak kandung bersama wife kedua ni saje( Nana & Faiz ).Dengan wife pertama tu ada ambil 3 anak angkat,dan wife ketiga tu pulak xde anak sebab xkekal lama.Hanya yang kekal sekarang ni dengan wife pertama tu je dan bela 3 orang anak angkat.

    Akceli la kan....aku xsuka nak citer kisah abg zeman sebab hal peribadi...tapi aku sedikit teruja bila jumpa semula anak buah Mr. Hubby di FB.Bayangkan la punya lama tak jumpa...tiba-tiba bila derang balik ke kampung kerana ada urusan baru lah jumpa.Aku ni lagi lah....tak berapa tau cerita sebenar sebab tu aku malas nak cerita panjang.

    Tengok rupa Nana dah sebijik rupa Mokcu Iza dia...pakai nick pun Iza juga...same as me....walllaahhh...nama kita sama hokeyyy...Lalu aku pm la si Nana ni tanya khabar dan kenalkan diri.Alhamdulillah dia bleh terima aku ni dan dia kata bila dah besar ni baru la teringat nak tau dan tengok-tengok gambar...tu pun kat FB.Yang aku sedih aku tanya la kat dia..." ada pernah ayah cari Nana?" Jawapannya " xde punn...heemmm...biarkan lah dia..."..sedihkan? bapa sendiri xpeduli ngan anak-anak kandung...anak-anak angkat ditatang bagai minyak yang penuh.Kalau dah bercerai pun....jangan la talak anak sekali...mereka kan darah daging?xde rasa menyesalkah dihati beliau?wallahuak'lam...

    
    Ni la rupa anak abg zeman yang sulung...nama dia Izanurdiana binti Azman...comelkan dia :)

    Yang tengah tu la adik Mr. Hubby yang bungsu Hasniza Binti Suradi...yang kiri dan kanan tu la mak mertua aii uoals...
    Sama x rupa nana ngan rupa Mokcu dia?ada iras-iras la kan.Skarang umur Nana dah pun 19 thn, adik dia si Faiz tu dah 15 tahun.Masa kes cerai tu anak2nya ni kecik-kecik lagi.Siankan derang ni....ada bapak tapi buat tau tau je...kalau la jadi kat aku....tah cam mana ye...:(

    Ok kita sambung citer openhause lak ye.Hari Ahad lepas seblum jumpa parents FIL tu aku anak beranak pi openhouse umah bos aku kat Alam Damai.Punyalah setapp makanan sampai aku lupa nak snep gambo...haha...puiiii...acaner nak kuwus ni asekk la makan...#memangkakimakan....

    pas tu kami bergegas ke Putrajaya rumah Abg Seli (abg kpd hby aku le)...lepak kat sana xlama.terus je pi beraya kat Flat Sri Melaka...rumah anak sedara FIL.Punyalah padat jek rumah tu bile kitorang sampai.kitorang je dah 5 kereta.(24 org)tau je lah flet tu bukan besar mana pun kan...hakhak...sabo...je lah...

    Ok...pas dari tumah kat flet Sri Melaka tu baru la balik umah parent aku.Mak aku dah masak meehun sup,soto & mee untuk tetamu istimewa.Alhamdulillah...pas menyenyangkan perut masing-masing....rombongan cik kiah tu balik sekitar 6.30 petang.Syukur semuanya selamat dalam perjalanan pergi dan balik walau dalam keadaan rushing sebabnya driver2 rombongan tu kan kerja keesokkan harinya...

    hmmm....bila semuanya dah pulang dengan selamat....baru la ati ni rasa tenang.Tata...





    Thursday 6 September 2012

    3 Tips Untuk Menawan Hati Pasangan Anda

    Ada contest dari Nuffnang nak 3 tips menawan hati pasangan.Oh bagi aku yang banyak pengalaman ni...(cheewaaaa)...amatlah senang tapi lain orang lain pendapat kan.Ye la....bukan semua pendapat kita sama kan.so, bagi aku la tips pertama dan terpenting untuk menawan hati pasang kita ialah


    1. Memasak.

    Pernah dengar tak orang kata nak pikat hati suami/pasangan dengan air tangan kita?Nak masak tu biarlah dengan sepenuh hati maka bila sang suami makan pun dengan senang hati.Aku dulu pun bukannya pandai masak, tapi bila dah berkahwin, ni lah rutin harian aku.Memasak untuk suami dan anak-anak.Pada sesiapa yang tak pandai masak, rajin-rajin la bertanya kat emak ke, kawan-kawan ke...tak pun boleh google kat internet.Sekarang ni dah banyak kemudahan paling tidak beli je buku resepi.Aku ni rajin je nak google dalam internet sebab senang dan cepat.

    Ok, tips kedua

    2. Berhias untuk suami

    Tips kedua ni harus tau.Ada sesetengan isteri tu kalau nak keluar rumah je baru nak melawa kan.Tapi sebenarnya masa kat rumah juga kita digalakkan berhias untuk suami.Aku ni bukan la pandai sangat pasal trend terkini, bermake-up pun bukan nya pandai.ala-ala kadar je.Tapi aku akan pastikan aku kemas dihadapan suami or di rumah maupun di luar rumah.Sebabnya bila diri kita bersedia, kita takkan segan berjumpa orang kan.So, apa yang penting xpayah la nak berseksi cukup sekadar kita berpakaian menutup aurat dan berpakaian sopa.Itu lebih manis bukan?

    Next, tips terakhir aku

    3. Tunjukkan kasih sayang dan ambil berat

    Bukan semua reti nak tunjukkan kasih sayang pada pasangan bukan?tapi banyak cara sebenarnya nak tunjukkan kita benar-benar sayang pada pasangan.Terutama pada pasangan yang dah lama berkahwin tu...aku pasti kemesraan semasa baru-baru berkahwin makin pudar sementelah ada anak-anak yang perlukan perhatian.Bagi aku la....kita boleh tunjukkan kasih sayang kita dengan pelbagai cara.Antaranya ofkos la dengan ucapan, body leanguage atau cukup sekadar sms kat dia bertanya khabar.Tunjukkan juga kasih sayang atau perhatian kita kepada anak-anak kerana pasangan kita akan rasa lebih dihargai bila kita mengasihi antara orang-orang yang dia kasihi.

    ok...aku harap 3 tips yang aku beri ni menang contest dari Nuffnang.Mana tau rezeki anak-anak. Muahhhh...muahhhh....luv u #lapanplohkali T__________________T

    Contoh IC Lama


    Ni kes xde kerja masa aku ada urusan kat Pej. Pendaftaran tempoh hari.Tengok tu kemain beso betul IC dolu-dolu...haha...kelaka pun ada tapi nak bgtau ni aku sempat la merasa IC yang kaler biru kat sebelah kiri tu...beso gedabak siap ada cop jari lg...haha..Tapi IC sekarang cantik, macam kad ATM siap ada chip lagi.Akceli semua urusan kita boleh set menggunakan IC tapi aku tak buat pun.Malas la aku sebab kalau IC aku hilang nanti macam-macam yang aku perlu reportkan...IC lama ni aku lupa nak simpan satu salinan untuk kenang-kenangan :(
     
    Gambar aku xclear la.BB aku ni kengkadang gambar cantek....kengkadang macam hampas kelapa...ke aku yang xtau nak ambil gambar...wakakakaka....ok la kalau korang nak yengor je sdirik kat Pej. Pendaftaran Jalan Reko, Kajang.


    Ammar oh Ammar






    Ni la ragam anak bujang aku sorang ni.kadang mood nak ambil gambar tu adalah sangat terlebih.Kadang tu pulak langsung xmo diambil gambarnya.

    Apapun dia la nak manja abi.anak manja ummi juga kan.sayang Ammar sangat...peluk dia ketat-ketat.muaahhhhhh!!

    Openhouse Rumah Azie

    Dah mula la jemputan2 openhouse kan.Aku je yang malas nak wat open2 ni...kahkahkah...ok seyes xlawakkan...?
     
    Ok, aku ni kan pemalas...so aku malas la nak masak-masak untuk openhouse. Lagu pun budget dan anak-anak masih kecik.Wah...wah...berani ko kata xde budjet kan....xper...aku kan jujur...cheewaaaa..
     
    Pic kat bawah ni masa openhouse kat rumah kawan lama aku, Azie...anak-anak aku sebaya ngan anak-anak dia.Maka aku akan pening dan boleh pitam kejap kalau aku gi rumah dia ni coz anak aku si Amin ni pasti berebut mainan ngan anak Azie, si Danish.
     
    Tahun lepas Amin siap bawak balik mainan trailer Danish.Tahun ni nak amek lg...oh no babehhh...aku xkasik.Biarkan dia menangis sampai terpijak lipas mati kt dalim lif...huhu~


     
    Ni la my old friend, Ina & Azie.Yang paling kiri tu kawan Ina...ak lupa nk tnya pe nama dia...bulehh...hihi
     
    Masa ambil pic ni, aku & ina dh nak balik.Sempat ambil satu pic je.tapi kat handfon derang de la sekeping dua gamba kitorang.
     
    My friend ina ni agen Alpha Lipid II tu.Aku nak juga try tapi bukan skarang la kot.Nanti kalau aku ada duit terpijak...aku borong kat ko eh...kira harga kawan-kawan sudeyyy....muahahahaha...
     
    Ok, minggu ni aku agak bz ngan jemputan openhouse lagi.Dah la xde baju yang vouge...adeiihhh....mampuihhh...
     
    Tunggu la nanti aku upload lagi.Sekarang ni masa tu ada tapi tahap kemalasan melampau ni aku tatahan....hoooiiii.....T______T
     
    Tata...
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Tuesday 4 September 2012

    Pra-Sekolah

    Semalam aku dah gi ambil borang untuk pra sekolah abang Amin.Malam tadi berdua isi borang tu.ye la kan...aku kan anjerrr...kan soklan tanya lain aku jawab lain...wakakakaka....so adalah lebih baik kita isi borang tu sesama.Hari ni abi bawa borang tu bagi bos dia sain.Untuk kelulusan la tu, aku malas nak cari penghulu kat sini....xkenal ye pun gak....haktuiiiii...malas btol nak ambil tau.

    Banyak pidback yang aku dapat mengatakan hantar anak sekolah pra adalah lebih bagus.Pendedahan awal tentang alam persekolahan yang sebenar.Lagi pula tenaga pengajar adalah sangat layak berbading hantar kinder swasta kan.Kawan aku yang pernah hantar tu pun kata, anaknya lebih cepat membaca & mengira berbanding hantar kt kinder swasta yang lebih free dan banyak main.

    Ada betulnya juga.Aku kan dah hantar Amin ke kinder PASTI semanjak umur dia 4 thn lagi.Tapi hingga la ni dia masih BELUM boleh membaca.Prestasi sangat lambat, tak tau lah aku yang Amin ni jenis slow. Tapi tak kan lah dah dekat 2 tahun sekolah...macam tak banyak sangat perkembangan pelajarannya.

    Moga permohonan aku nak hantar Amin ke sekolah pra ni lulus la ye.Aku sanggup buat apa saje untuk anak.Tapi untuk keluar modal ribu riban untuk kinder yang kosnya mahal tu adalah tak terdaya.Cuma aku harap Amin akan cepat pandai dan happy dengan sekolah barunya tu..T___T

    Adik Baby jatuh

    dah lama rasanya tidak berbelog.Rasa malas menguasai diri.Aku letih je sepanjang minggu masuk kerja sampai la ni...apekahhhh???

    Aku rasa nak rojakkan je la cerita hari ni.Banyak perkara yang terjadi sampai aku tak tahu nak cerita yang mana satu.

    Ok lah...cerita minggu lepas hari Ahad baru ni.Mak pinjam kereta abi.Nak hantar adik bonsu ku gi Metriks kat N9.Abg Amin cepat masuk kereta...nak ikut lettewww...aku & aku ok jer.Petang tu aku gi rumah kak Yati ambil kuih yang mem aku order.Datang sana sekali beraya la kan.kata raya sebulan....T___T. Rumahnya dah dekat dengan rumah ibu Wanie.Sebelah taman je.Pas beraya rumah kak Yati lepas maghrib gitu...aku,hby & anak-anak gi la rumah ibu Wanie.Beraya sekali ke sana.Ok la kan ...dapat jumpa Naqib yang comel tu tengah leka dapat mainan baru yang daddy dia beli.Tak kedekut lak tu siap ajak Ammar main sekali.Budak-budak la kan...kejap main leklok...kejapkan berlari...kejap kan main ketuk2...hihi....macam-macam projek derang ni.

    Balik dari rumah ibu wanie...kitorang pun balik la kerumah ayah.Rupa-rupanya mak lom sampai lagi.Ok la kita tunggu kejap.Sempat siapkan Ammar & adik baby.Xbawa baju tiduk...ha...pakai aje baju siang...sian derang.Tak apalah pakai kejap aje.Nanti balik rumah boleh la pakai baju tidur kan.Sempat lak aku memanaskan kuah sup ayam.Petang tu mak buat mee hun sup.Lepas je aku nyiapkan budak berdua tu...mak pun sampai la rumah.Jem gler katanya.Sampai Metriks tu pun dah kul 6.45 ptg.Nasib la sempat.Kot sampai kol 7.30 pintu gate tu pun dah tutup...Ha...siapa nak tolong????

    Lepas tu kitorang pun makan je lah apa yang ada.Mee hun sup tu dua kali aku tambah...muahahahaha...lagi pun aku suapkan si Ammar tu makan.Banyak jugak la dia makan tapi jenuh nunggu abis kat dalam mulut dia tu.

    Lepas makan kitorang pun berangkat la balik rumah.Tangan aku ni dah penuh barang-barang.Dengan baju kotor anak-anak,beg susu,beg baju lagi...maka budak kecik berdua tu dengan gagah abi dukung sekali.Lepas letak ammar kat sit belakang, abi letak adk baby kat sit depan sebelah driver tu.Tapi abi letak kepala adik baby dekat sangat dengan pintu masuk.Yang aku ni lepas letak barang kat belakang...terus je la buka pintu depan sambil mulut tu membebel pasal bau taik kucing.Takut ada je yang terpijak nanti.Bila aku buka pintu je adik baby terus terjunam jatuh macam air terjun....aku apa lagi menjeritlah...

    " Alamakkkkk.....anak aku.....cam mana bleh jatuh ni...Ya Allah...siannya adik baby....ya ampun...sorry ye nak...umi tak perasan sayang...." sambil tu aku gosok-gosok pale dia.Cek mana tau ada luka-luka kat belakang pale dia.Mujur xde luka.

    Sepantas yang terjadi tu aku nampak Ammar tendang celah kelengkang adik baby.Sekuat mana tu aku xperasan la.Sambil tu adik baby gi pegang lak handle pintu yang kebetulan aku buka.Maka apa lagi...jatuh la anak ummi tu.

    Dia menangis kuat sangat...sakit sangat la tu.Terperanjat pun ye kan... aku peluk erat-erat, aku gosok seluruh badan dia.Ya Allah siannya anak aku....

    Abi pun terperanjat tak terkata apa.Tapi bagi aku la...abi salah letak kedudukan adik baby.Pasal bucket baby xde kan.sepatutnya dia letak kepala baby kearah  hand break.aku rasa gitu lebih selamat.

    Benda dah nak jadi kan.Apa pun aku bersyukur adik baby xcedera.Dia dah la halus.jatuh plak tu.sian...sian...

    Sampai je rumah aku cek sekali lagi badan dia.Mujur xde pape.Isskkkkk....memang aku xboleh lupa la kejadian tadi.Sukur sangat baby xcedera tapi ni la pengajaran dan kejadian yang aku xleh lupa.