Thursday 25 October 2012

ATM vs TRW

Salam ollsss..,
 
Ni ada beberapa pic yang aku ambil masa kat stadium Shah Alam ketika ATM bertemu The Red Worrier baru-baru ni.Ni nak cerita, aku sangat kagum dengan semangat kenegrian yang ditunjukkan oleh set-set Kelate neh.Seawal 8 pagi mereka dah berkampung di sana.Mungkin mereka dari Kelantan, sebab tu lah mereka datang awal dan sanggup menunggu hampir 24 jam disana.Mereka datang berduyun-duyun...samaada berkenderaan sendiri mahupun menyewa bas persiaran.
 
Penyokong Kelantan begitu berbangga bilamana TRW dapat masuk Final.Bayangkan...makan tengahhari dan juga air mineral juga mereka sediakan secara PERCUMA okehh...bayangkan...samaada ko penyokong TRW ke ATM je boleh je beratur untuk ambil makanan.Aku & budak-budak gerai aku pun selamba je beratur ambil makan kat gerai " Gelombang Merah " nasi putih dengan ayam goreng, pas tu kuah gulai.sedap boleh tahan...nasi tu panas-panas lagi.
 
Bayangkan...berapa banyak mereka sponser makanan, t-shirt, selempang,banner,tiket mereka jual harga last rm35 je...begitu semangat kesukanan yang mereka tunjukkan demi melihat pasukan mereka mambawa pulang piala yang berprestij tu...(kahkahkah....ayat aku tetiba skema)
 
meh kita layan gambar dlu...oh lupa nak cerita...Penyanyi Dina tu ada singgah gerai kitorang beli makanan.Aku tak sempat nak ambil gambar dengan dia memandangkan masa tu orang tengah ramai.


Mamat-mamat ni poyo je lebih...

Ni la gerai aku


Tengok tu...punya ramainya manusia....Idup TRW

Gerai aku betul-betul depan stage


Haaa.....mari-mari...mari singgah beli air bang....

Cuaca time ni dah mula mendung

Then tak lama hujan

Ni lepas hujan

Akhirnya TRW menang mengalahkan ATM 3-2 dalam masa tambahan.Malam tu aku tak sempat nak tengok kerana TV Astro yang besar kat Stadium Shah Alam ni ada belah kanan hujung nuunn...aku kat tengah stage ni memang tak nampaklah ye...Tapi aku puas la tengok gelagat derang ni....sangat fanatik siap ada lagu Gomo Klate Gomo...kahkahkah...semangat itu penting.

Apa akan jadi kalau TRW kalah?aku rasa mesti akan ada kekecohan akan berlaku btol tak?Nasib baik la menang ye tak...dan mereka pulang ke kampung halaman dengan senang hati.

Gerai tutup sampai pukul 1 pagi.Siap clearkan barang.Nak balik ko tengok bukan main jem laaaaa....baik lepak dulu sebab kalau ko balik jugak memang menempah la jem tu kan...

Paling aku tak bleh lupa masa nak tutup gerai ni siap bagi diskaun lagi.Kalau masa pagi tu jual serial....masa nak tutup ko jual serial dua.macam air tu aku jual samah segelah (limaploh sen segelas).kahkahkah....Janji barang jualan habis ye adikadik.lawok la pulok maso neh deh, tibo-tibo kawe buleh kecek klate...Bila dah turun hargo makogerai-gerai sebelah pun turun la hargo.mace kak pasar borong deh...

Dah-dah....terbelit lidah aku nak bercakap bahasa klate ni.Buleh kecek tapi tok samo weiihhhh...

Apa pun ni la antara pengalaman-pengalaman yang aku kutip sepanjang hidup.Maklum la berniaga ni hanya tambah pengalaman dan mencari site income.Kalau tiap minggu ada job memang masyuuuk weihhh....
 

No comments: