Monday 15 October 2012

Masalah datang bertimpa

Salam....

uoallsss...masalah datang bertimpa-timpa.Mulanya hari Khamis 4hb Oktober minggu lepas...ayah sakit lagi.Kali ni dia col aku sendiri bagi tau dia sesak nafas.Kebetulan dari pagi tu tengok cerita adik Adam Shukri kat MHI.Lepas tu masuk je opis terus buka FB dapat berita anak buah kawan aku plak meninggal lepas 11 hari koma.budak tu baru 1y4m, meninggal akibat lemas, dalam pukul 11pagi gitu aku call mem tanyakan pasal cek & voucher...seblom letak fon tu mem bgtau adik iparnya tiada harapan untuk pulih.Hanya tunggu masa kerana dengupan jantung yang kian lemah...xlama bercakap ngan mem tu pulak....ayah col bagitau dia sesak nafas.

Aduuuhhh...cuak betol la time tu.Dah la dengar macam-macam cerita...tuptup...ayah sdiri pun sedang semput nafasnya.Sepanjang perjalanan aku berdoa dan pujuk hati.Moga ayah selamat sambil doa sambil bercucuran air mata ni.

Sampai je kat rumah ayah tengok dia sedang tidur mengiring.cuak sangat masa ni takut la kan....aku gerakkan ayah...alhamdulillah masih bernyawa.Dia minta aku tukarkan dia baju dan pakaikan kain pelikat, kemudian lap muka dia dengan towel.Siap semuanya aku bersedia nak papah ayah ke kereta.Tapi ayah tak larat nak berjalan.Dia suruh aku col ambulans.Lepas col ambulans aku col la adik lelaki aku ; Fizi, kemudian suami & last sekali emak aku.Aku maklumkan la yang ayah nampak stabil tapi aku sangat berharap agar suami ku segera pulang.

Ambilans sampai dalam setengah jam gitu, siap ayah naik ambilans ke hospital Kajang, aku & amin jemput mak kat kedai workshop,betulkan brek kereta kancil mak.Lepas ambil mak terus je kami ke Hospital Kajang.Mak dapat la masuk wad  emergency.Dalam kul 8.30mlm gitu baru ayah dapat katil.

Hari Jumaat aku ngan hubby cuti.Kepala otak ni beku dah tak tau nak buat apa.Nak kerja pun tak bersemangat.Nasib juga en. hubby tak kerja, pagi tu dia bawa emak & Ammar ke hospital.Ayah teringin nak makan pisang goreng katanya.Dalam kul 11 gitu abi dan Ammar balik dari hospital kemudian petang barulah aku bawa semua anak-anak ke hospital semula.Tapi malangnya kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk melawat.

Kesiah ayah....rindu nak tengok cucu2 tapi budak bertiga ni manalah boleh masuk kan.So, masa hari Sabtu tengah hari tu ramai pula tetamu ayah.Kakak Mas (kakak sedara) datang bawa uwan, Pascu & mak ngah.Pak bahari ngan isteri, aida ngan suami & kak Ida sekeluarga.Masa tu pulak ayah kena buat dialisis.dia buat dari kul 9 pagi sampai kul 1.30 belum selesai.Dekat pukul 2 baru nampak nurse tolak katil ayah masuk wad.Masa tu je lah anak-anak ku dapat tengok atoknya....huhu...sedayyy je time ni.

Dalam kul 3 gitu aku balik bawa mak.Mak anjang datang dalam kul 5 aku tak sempat jumpa.Dalam kul 2 pagi lepas Fizi tutup kedai makannya baru dia hantar mak ke hospital.Mak nak jaga ayah sementara tengah cuti ni.

Hari Ahad hanya Ucu ngan Ashira je datang melawat.Aku bawa anak-anak memandangkan abi kena kerja Sabtu & Ahad minggu tu.Tak pe...aku kan SuperMakk....ngeeee~

Aku happy bila ayah dapat balik petang Isnin baru ni.Syukur...dapat la dia berehat kt rumah...ahad lepas aku anak beranak gi umah mak kejap....tengok ayah tapi napa lak kali ni ayah kelihatan mengigil?kesihan pulak aku tengok keadaan ayah kali ni.Macam-macam penyakit..umur ayah baru 63 kalau nak dibandingkan dengan umur bapa mertua aku kat kampung dah 70 tahun tapi masih sihat dan masih menoreh.Ini semua sebab penyakit kencing manis yang ayah hidap sejak sekian lama.Kalau tak salah sudah 30 tahun ayah mengidap kencing manis menyebabkan kegagalan buah pinggang.
 
Aku hanya mampu berdoa dan membantu sekadar yang termampu.Ya Allah...kau berikan la kesihatan yang baik untuk ayah terus hidup disamping kami.Masih belum puas kami dengan kasih sayang ayah dan masih belum pukup aku berkorban untuk ayah...Mohon Allah panjangkan umur ayah & sembuhkan la penyakit ayah...Aminnn...

No comments: