Thursday 6 September 2012

3 Tips Untuk Menawan Hati Pasangan Anda

Ada contest dari Nuffnang nak 3 tips menawan hati pasangan.Oh bagi aku yang banyak pengalaman ni...(cheewaaaa)...amatlah senang tapi lain orang lain pendapat kan.Ye la....bukan semua pendapat kita sama kan.so, bagi aku la tips pertama dan terpenting untuk menawan hati pasang kita ialah


1. Memasak.

Pernah dengar tak orang kata nak pikat hati suami/pasangan dengan air tangan kita?Nak masak tu biarlah dengan sepenuh hati maka bila sang suami makan pun dengan senang hati.Aku dulu pun bukannya pandai masak, tapi bila dah berkahwin, ni lah rutin harian aku.Memasak untuk suami dan anak-anak.Pada sesiapa yang tak pandai masak, rajin-rajin la bertanya kat emak ke, kawan-kawan ke...tak pun boleh google kat internet.Sekarang ni dah banyak kemudahan paling tidak beli je buku resepi.Aku ni rajin je nak google dalam internet sebab senang dan cepat.

Ok, tips kedua

2. Berhias untuk suami

Tips kedua ni harus tau.Ada sesetengan isteri tu kalau nak keluar rumah je baru nak melawa kan.Tapi sebenarnya masa kat rumah juga kita digalakkan berhias untuk suami.Aku ni bukan la pandai sangat pasal trend terkini, bermake-up pun bukan nya pandai.ala-ala kadar je.Tapi aku akan pastikan aku kemas dihadapan suami or di rumah maupun di luar rumah.Sebabnya bila diri kita bersedia, kita takkan segan berjumpa orang kan.So, apa yang penting xpayah la nak berseksi cukup sekadar kita berpakaian menutup aurat dan berpakaian sopa.Itu lebih manis bukan?

Next, tips terakhir aku

3. Tunjukkan kasih sayang dan ambil berat

Bukan semua reti nak tunjukkan kasih sayang pada pasangan bukan?tapi banyak cara sebenarnya nak tunjukkan kita benar-benar sayang pada pasangan.Terutama pada pasangan yang dah lama berkahwin tu...aku pasti kemesraan semasa baru-baru berkahwin makin pudar sementelah ada anak-anak yang perlukan perhatian.Bagi aku la....kita boleh tunjukkan kasih sayang kita dengan pelbagai cara.Antaranya ofkos la dengan ucapan, body leanguage atau cukup sekadar sms kat dia bertanya khabar.Tunjukkan juga kasih sayang atau perhatian kita kepada anak-anak kerana pasangan kita akan rasa lebih dihargai bila kita mengasihi antara orang-orang yang dia kasihi.

ok...aku harap 3 tips yang aku beri ni menang contest dari Nuffnang.Mana tau rezeki anak-anak. Muahhhh...muahhhh....luv u #lapanplohkali T__________________T

No comments: