Tuesday 10 July 2012

Menambah Pendapatan

Tengah tercari-cari alternatif lain untuk menambah pendapatan.Lagi pulak kan dah dekat nak raya ni. Time raya memang banyak nak pakai RM kan??Aduhhh...#pitamkejap @___@

Lagi pulak semenjak anak dah ramai ni..(3orang tu kira ramai lah kn) T_____T memang terasa sangat pakai RM macam air paip...laju je ngalir..klu duit masuk slow je macam siput sedut..

Duit bonus jangan berangan lag la...takut aku nak pikir...la ni kerja sangat slow. Projek besar dah tak nampak batang hidung.kalau dulu projek bawah RM10k ni kira projek ciput tau...tapi itu dulu.But nowadays projek yang dapat bawah RM1k tu pun dh kira bagus. Kalau company kecik-kecik ni dah lama BUNGKUS!!~

Acaner neh??? aku dah rasa bahang-bahang akibat kurangnya projek TM ni.Nanti mau tak de bonus RAYA untuk kami...Huwaaaaaaaa....

Aku dengar salah satu sebab kurannya budjet adalah disebabkan nak pilihanraya.WHAT???yup...serius aku cakap, Gov. memang tahan projek & budjet a.k.a beku akaun adalah untuk dialirkan untuk program-program Pilihanraya.

Dah macam-macam Gov. buat untuk mengambil hati rakyat...bantuan BR1M la,bantuan tayar untuk teksi la,bantuan RM100 untuk pelajar la, bantuan RM5K untuk peneroka la...macam-macam kan ...tapi hakikatnya duit yang sepatutnya Gov. buat untuk bangunkan negara disalurkan ke program-program mengambil hati rakyat.Hakikatnya gini....company kecik boleh cepat-cepat gulung tikar. Boleh balik kampung tanam anggur!!~

Tanam anggur ok juga....huhu...~

Ok, aku dah melalut...akceli aku sangat kusut nak pikir apa aku nak niaga time company tengah slow ni.Aku memang kalau ada bisness sendiri ...baik aku jalankan je bisness aku tu.(bile dh stabil). Tak mau la harap sangat gaji lg pulak en. suami aku kan tentera...bile-bile masa je boleh kena transfer, so kalau dah kena transfer...macam mana aku dan anak-anak??

Nak berjauhan dengan En. suami memang susah lagi pulak anak-anak masih kecil. So, jalan terbaik ialah berniaga.tapi nak niaga apa??

Aduhhh....pening-pening.Bukan senang nak senang TAPI bukan susah nak susah...siapa sokong sila angkat keyboard masing2..T_____T

Ok la guys...aku dah serabut..nanti nak carik idea lg...

Bye-bye lah...

No comments: