Tuesday 17 July 2012

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

As-Salam,

Vavavava...kat luar sana hujan lebat gler, gelap dah macam kul 7 mlm.Harap-harap hujan akan berenti seblom kul 5 la ye..nanti susah pula aku nak mengambil anak-anak di rumah pengasuh.

Diam tak diam lagi 3 hari umat islam akan menjalani ibadah puasa.Pejam celik pejam celik jap lagi nak sambut raya...haha...ececehhhhh...pose pun belum nak citer pasal raya.Dasar hover...T___T

Di bulan puasa ni lah aku akan menjadi maha sibuk dirumah.Balik keja dah berebut masak untuk berbuka. Dengan anak-anak kecil...tah sempat ke tidak aku nak buat semua tu.Laki ai pulak tiap hari balik rumah untuk berbuka bersama-sama memandangkan dia terpaksa jadi driver bos dia selama 3 bulan. Driver bos tu dah kena pergi kursus sebab tu laki ak kena ganti.

Kesian....tetiba plak rasa macam kena turun pangkat.Alah tak per la....apa nak buat.Dah kerja dengan pertahanan mestilah bersedia untuk buat apa saja. Dan selepas 3 bulan jadi driver bos...dia lak kena pi kursus selama 3 bulan jugak kat Lumut...

Homaigod...macam mana nanti aku dan anak-anak? lama gler tu 3 bulan.errkkk....ahh...lantak!! aku malas nak pikir sekarang.Buat serabut kepala hotak aku je nanti.Kalau nama dah naik kena pergi ok.No excuse.

Ok la ye.Semoga Bulan ramadhan yang penuh barakah ini kita jalani dengan penuh nikmat dan syukur. Moga kita sama-sama mendapat pahala berganda.

As-salam

No comments: